Friday, July 27, 2012

WanZ Chocolate...

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana hari ini dah masuk 7 Ramadhan...maknanya dah 7 hari umat Islam di Malaysia khususnya berpuasa...Semoga amalan kita d bulan Ramadhan ini akan terus bertambah dan terus bertambah...hehehe

Sempena dengan Ramadhan kali ini, aku telah amik kesempatan untuk melibatkan diri dalam bisnes pembuatan coklat buatan tangan sendiri...Bermula dengan hanya untuk suka2 dan menjadikan ia hadiah kepada seseorang yang istimewa...cerita mulanya aku berkecimpung dengan dunia pembuatan coklat ni ialah sempena hari lahir seseorang yang istimewa...nak di jadikan hadiah lah...hehe...so pada mulanya aku nak cari coklat untuk hari lahirnya...semua kedai coklat aku pigi tapi tetap tak puas hati...aku nak sesuatu yang lain dan istimewa...last2 aku fikir baik aku buat sendiri...then aku belajar dari youtube apa yang boleh...dan terhasil lah coklat pertama buatan ku sendiri...hahaha....di bawah nie adalah coklat buatan pertama ku...hehehe...dalam tue ada coklat chips...hehehe...


Kini aku bergerak sedikit dengan pembuatan coklat nie dan menjadikan ia satu cabang bisnes kepada aku...hahaha...manatau kan rezeki aku ada di sini..tapi pada awal ini aku mulakan secara kecil-kecilan atau cuma mengisi masa lapang jer...InsyaAllah bila dah cukup peralatan dan bahan semua mungkin aku akan mula serius...wallahualam...tapi selagi kita tak mencuba kita tak tahu mana tahap kita kan...hahaha...

Jadi, aku pun telah mengambil satu langkah dengan meletakkan satu tanda atau pengenalan diri pada coklat ku ini dengan memberi nama WanZ Chocolate...so aku cipta logo untuk promosi coklat nie seperti yang terpampang di bawah...hehehe


WanZ Chocolate...ya itu lah nama yang di beri...tapi apsal nama WanZ?...knp bukan Akmal or Adam?...sampai soalan nie pun aku d tanya..hahaha..WanZ nie lahir dari nama pena aku dulu s0meon3 iaitu SOMEONE atau dalam melayunya SESEORANG...bukan soMEON...hahaha...so aku amik pangkal belakang iaitu ONE yang bermaksud SATU...sbb aku anak sulung kan...dan aku ubah jadi WANZ sebabnya dari keturunan darahku juga...tapi itu nantilah aku cerita...yang penting kita cerita pasal COKLAT...hahaha...Fokus...Fokus...hahahaha....

Berbalik pada cerita coklat tadi...so bila dah ada logo n brand sendiri...cewah...maka senanglah orang nak kenal aku kan...so sempena Raya Aidilfitri yang nak menjelma nie aku telah buat satu Flyer atau senang aku cakap iklan untuk promosi coklat aku...Ini iklah pertama lah...hehehe


hahaha...masa buat flyer nie aku rasa aku betul2 dah serius dengan pembuatan coklat nie...hahaha...tapi insyaAllah...aku bermula perlahan-lahan...insyaAllah suatu hari nanti ia jadi sumber rezeki ku...hehehe...

So kepada sapa2 yang nak order coklat boleh lah terus berhubung dengan saya yer...boleh di tempah sempena hari lahir, pertunangan, perkahwinan atau konvokesyen...hahahaha...oklah...Selamat berpuasa...Salam Ramadhan...

wassalam

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana memberi peluang kepada diriku untuk bertemu dan beramal dengan Ramadhan pada tahun 2012 nie...Syukur tak terhingga kepada Allah swt...


Sebelum aku jauh bercerita...aku nak amik kesempatan ini mengucapkan Salam Ramadhan buat sahabat2 ku yang membaca blog ku ini...ucapan ikhlas dari Wak Jowo di atas...hahaha...ada iras2 ustaz Don atau UAI ker?...hahahaha...apa2pun semoga kita semua beramal dan merebut peluang yang tersedia dalam bulan Ramadhan ini...hehe

So hari ini dah masuk 2 Ramadhan...insyaAllah apa yang aku harapkan sempena Ramadhan kali ini akan tercapai dan apa yang aku lakukan di harap terus istiqamah dalam melakukannya...

Sekali lagi saya nak ucapkan...Salam Ramadhan buat semua sahabat2 yang membaca blog ini...

wassalam

Saturday, July 7, 2012

Bukan Niatku...Maafkan Aku...

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah aku menulis blog lagi setelah lama menyepi atas sebab kesibukan kerja...memang tak di nafikan yang aku selalu keluar dari sabah ke sana ke mari atas sebab keperluan kerja...dah tanggungjawab maka laksanakan lah sebaik mungkin...kali nie dalam blog ini aku ingin menceritakan tentang hal aku dan sahabat akrabku...maafkanlah sahabatmu ini dunia dan akhirat...

Sejak aku sibuk dengan kerja nie aku berasa juga cukup tenang kerana jauh dari sahabat akrabku tapi dalam masa yang sama aku rasa sunyi juga sebab setiap minggu aku pasti bersama sahabat akrabku ini akan meluangkan masa bersama untuk menonton wayang dan buat aktiviti2 lain...ya benar aku memang rasa sangat sunyi kerana dengan dia lah aku selalu bercerita dan keluar buat aktiviti bersama...hahaha...

Tapi untuk pengetahuan sahabatku, aku minta maaf...aku terpaksa mengelak dari bertemu dirimu kerana aku takut aku akan bercerita tentang sesuatu yang kau tak patut ketahui sepertimana ketika aku bertemu dengan kau tadi sewaktu di sebuah program...memang seronok bila dah bertemu dan bercerita dengan kau semula...dan aku juga dapat tau apa yang berlaku antara kau dan dia dan aku juga gembira akan khabar itu...tapi seperti yang aku cakap tadi...aku takut aku akan ceritakan sesuatu yang kau tak mungkin patut dengar kerana aku sebenarnya tak berani untuk menipu dan berahsia dengan diri kau...maka sebab itu lah sekali lagi aku nyatakan yang aku terpaksa mengelak dari bertemu dan juga menghubungi dirimu...maafkanlah aku sahabat...kebahagiaan itu milikmu bukannya milik diriku...tapi jujur aku tak sangka yang kamu ada keluar lagi untuk kesekian kalinya pi tengok wayang...hahaha...itu adalah suatu berita baik yang aku dengar dari dirimu selepas lama tak bertemu...hahahaha...do ur best my fren...hahaha

Maafkanlah aku juga kerana ketika aku di kk aku tidak mencari dirimu dan menghubungi dirimu...dan maafkanlah aku juga kerana aku tak ajak kau tengok wayang baru2 nie...hahaha...memang rasa lain tengok wayang sorang2 nie bila dah biasa tengok wayang dgn kau dan kawan2 lain...hahaha...feel nya lain...macam aku hidup dalam dunia ku sendiri sudah...tapi mungkin itu yang terbaik aku rasakan...

Pada sahabatku yang aku hormati...maafkanlah sahabatmu ini dunia dan akhirat...bukan niatku untuk menjarakkan diri dan menyepikan diri dari menghubungimu...tapi aku lakukan itu agar kau bahagia...orang dulu juga pernah cakap 'Biar hilang Kekasih, Jangan hilang Teman Sejati'...ya...itu telah aku lakukan..maka sebab itulah aku tinggalkan dirinya iaitu kekasih hatiku iaitu Anje...tapi bila aku dah buat begitu, aku rasa aku kena buat sesuatu lagi yang mungkin aku boleh katakan 'Biarlah berpisah dengan Teman Sejati, agar dirinya lebih bahagia dengan Cintanya'...

Teman, aku teringin juga kembali masa seperti dahulu di mana kita dan teman2 lain pi tengok wayang hingga larut malam, beraktiviti bersama, duduk lepak bersama, ketawa kuat2 dan berPengakap bersama...hahahaha...mungkin satu hari nanti...bila aku dah bersedia untuk mendiamkan diri dan melupakan segalanya...maka sebelum itu...Maafkanlah orang yang bodoh ini wahai sahabatku...