Monday, May 11, 2009

Kasih IBU

Aku ni tak pandai nak berkata-kata. Tapi apa yang ku pasti kita cuma hadir dari rahim seorang IBU. Bukan dua atau pun tiga, tetapi hanya satu. Dulu waktu kecil kita di belai di manja. Di asuh dan di didik bak menatang minyak yang penuh. Nak di jentik takut terluka, nak di pukul takut memberi kesan. Sedangkan nyamuk pun IBU kita takkan bagi dekat dengan kita.
Waktu kecil bukan main mesra kita dengan ibu. Peluk erat, cium pipi, cium dahi. Aduh bahagianya waktu itu. Kenakalan kita ketika itu menjadi saat pengubat duka di mana menjadi suatu adegan yang mencuit hati. Ibu tak pernah merasa penat dalam semua itu. Makan minum kita cukup lengkap. Kalau kurang atau kita tak suka, mereka terus mencuba untuk memujuk kita. Ibu tak pernah mengeluh dan tak pernah lalai dari tanggungjawab mereka.
Tapi bila kita telah dewasa. Apa yang telah terjadi? Kita mulai malu nak peluk dan cium pipi ibu kita. Lagi teruk bila ibu nak peluk dan cium kita, kita pula mula menjauh. Kononnya rasa malu dengan perbuatan itu. Takut di gelar anak manja, anak bawah ketiak ibu, anak ibu dan sebagainya. Kerana takut dengan gelaran tersebut, jarak kita dengan ibu mulai jauh, jauh dan terus menjauh. Tapi tetap masih mahu ibu masakkan untuk kita, sterika pakaian sekolah kita, cuci baju kita termasuk pakaian dalam dan kemas bilik kita. Ibu kita pun buat sahaja menurut perintah kita. Kita pula macam raja. Ibu pula menjadi hamba. Sepatutnya bila kita dah besar, kita lah yang patut membantu ibu kita. Bukannya kita menyusahkan mereka. Itulah kasih seorang ibu, menurut saja kata si tanggang asal anaknya bahagia.
Bila dah masuk bab kahwin. Kita rujuk juga dengan ibu. Katanya nak buat majlis itu atas usaha sendiri. Alih-alih ibu juga yang urus semua perkahwinan anaknya dari A-Z. Anaknya cuma tahu duduk di pelamin dan bersanding. Sebelum nak kahwin, duit hantaran pula guna duit IBU. Aduh, tak malunya kita. Last sekali, bila dah berumahtangga, tak nak tinggal dengan ibu, katanya tiada "PRIVACY". Aduh. Tambah lagi kita jauh dengan ibu. Bila dah beristeri, kata isteri di dengar tapi kata ibu langsung di tolak bulat-bulat. Lebih sayang isteri dari Ibu. Bila dah bergaduh, ibu di tinggalkan sendirian. Jika tidak pun di hantar ke rumah orang-orang tua. Akhirnya jarak kita yg dulu nya langsung angin tak boleh mencelah telah menjadi lebih jauh dan lagi jauh.
Fikirlah sendiri, hidup kita di dunia ini adalah kerana kesungguhan seorang ibu yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Semasa dalam rahim kita makan apa yang ibu kita makan. Sesudah di lahirkan kita minum susu dari ibu. Tapi bila dah besar semua itu di lupakan. Takkan nak tunggu ibu kita mati baru kita sedar kepentingan ibu dalam kehidupan kita. Jangan tunggu Hari Ibu baru nak ucap SELAMAT HARI IBU,SAYA SAYANG IBU. Jangan tunggu Hari Raya baru nak minta maaf. Mungkin belum sampai hari itu, ibu kita telah pergi dahulu berjumpa Penciptanya. Wallahuallam...
Sajak dibawah di tujukan khas kepada semua Ibu dan Anak...
IBU
Isyarat Kehamilan
Kepingin Sibuk Pengasuhan
Tetap Melimpahkan Keceriaan
Ku Hening Semadi Dalam Rohanimu
Getir Kelahiran
Di Pagi Isnin Syahdu
Saat Kemanisan Ayah Ibu
Bila Jantung Hatiku Mendakap Dadamu
Kalut, Gelut, Lampin Dan Susuan
Buaian Endoi Mendodoi
Nasyid Keroncong Irama Melayu
Merdu Melali Lena Sepi
Papan Rehal Dan Muqaddam
Batang Lidi Sebagai Penunjuk
Alif-Ba-Ta, Satu, Dua, Tiga,
Hafalan Fatihah Dan Kira-Kira
Dengan Renungan Tajam Dan Kayu Pembarismu
Seragam Bersih Kemas Segak
Bersterika Siap Ke Sekolah
Makanan Sederhana Tersusun Sebaris
Mesti Langsai Jangan Tercicir
Pisang, Cekodok Resepi Istimewa
Belum Tersaing Kelazatan Masakanmu
Saat Tekun Di Sekolah
Terkejut Terdengar Berita Hiba
Kau Awal Meninggalkan Semua
Tuhan Lebih Menyayangimu
IBU...
Penabur Kasih
Penawar Duka
Penyembuh Hiba
Kau Mahkota Hatiku
Anugerah Terindah Buatku
Doaku Untukmu Ibu...
Allah Memeliharamu
Doamu Nafas Bagiku
Aku Sedekahkan Al-Fatihah Buat Dirimu
IBU...
Nukilan : ArrowWanZ 03

Thursday, May 7, 2009

Mari Bersajak - KISAH SI PENAGIH

KISAH SI PENAGIH
Di Dalam Kehidupan Senja
Aku Berasa Sungguh Derita
Tatkala Ia Bermain Di Minda
Hati Juga Berasa Terluka...
Masa Lalu Ku Umpama Langau
Menghinggap Tempat Kotor Tercemar
Mencuba Sesuatu Yang Baru
Najis Dadah Teman Setiaku...
Ia Menjadi Satu Igauan
Keluarga Dan Teman Tidak Ku Hiraukan
Duit Ku Belanja Berpuluh Ratusan
Pabila Tiada, Ku Mencuri Dan Berhutang...
Suatu Hari Tanpa Di Duga
Tempat Juadah Jadi Serbuan
Tika Itu Ku Amat Tak Bermaya
Lalu Di Tangkap Memalukan Keluarga...
Usia Belum Meningkat Dewasa
Di Bicara Di Mahkamah Juvana
Dalam Pemerhatian Hingga Ke Waktunya
Dibebaskan Setelah Lama Di Periksa...
Kini Ku Sedar Dan Menyesal
HIV Dan AIDS Tidak Pula Ada
Aku Bersyukur Pada Yang Esa
Taubat Nasuha Menjadi Amalan
Perkara Rukun Tidak Di Lupakan
Ku Ingin Kembali Ke Pangkal Jalan...
Hasil Nukilan : ArrowWanZ 03

Tuesday, May 5, 2009

Muqaddimah Renungan Bersama =)

Dosa Meninggalkan Solat

Dosa Meninggalkan SolatBuat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan....
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.
Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...
Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) ,"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...

Monday, May 4, 2009

Selamat Datang

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, akhirnya aku berkecimpung juga dalam dunia blog nie. Dunia yg makin mencabar di mana teknologi di gunakan sepenuhnya bagi membangunkan diri,bangsa,negara dan agama. Tapi malangnya ada yang menggunakannya untuk menjatuhkan apa yang telah didirikan dengan hasil titik peluh yang tiada nilainya. Hasad dengki,dendam,sakit hati dan permusuhan telah menjadi teknologi kini sebagai tempat melepaskan segalanya.

Tapi bagi aku, blog ini ku hasilkan untuk menyerlahkan bakat ku,menceritakan tentang kehidupanku dan sekelilingku serta mencuba menyampaikan sesuatu idea yang mungkin dapat membantu diri dan orang sekelilingku. InsyaAllah, dengan bantuan serta sokongan banyak pihak, blog ini akan menjadi hab sebagai penghubung sillaturrahim.

Amin.