Monday, February 18, 2013

Kesihatan dan Panggilan...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalammualaikum wbt...

Blog kali ni aku menulis dalam keadaan diri yang x brp sihat dari segi fizikal...amat lemah badan ku rasa...kepala rasa amat berat dan mengganggu segalanya hari ini...diriku cuma terbaring lesu n tidur seharian...huhu...

Hari ini aku x dpt sms dirinya seperti biasa pada waktu pagi n petang kerana keadaan kesihatanku...sebenarnya dirinya pun x berapa sihat...dia lagi terum dariku kerana badannya rasa amat panas...walaupun sebahagiannya sudah ditarik keluar tapi masih lagi dirinya berasa panas...maafkan diri ini...diri ini cuma x sanggup melihat dirimu berada dalam keadaan yang lemah...diri ini ingin sangat melihat dirimu ceria n gembira...

Disini juga diri ini ingin membuat pengakuan...andai dirimu membaca blog ini...maka bacalah pengakuan ini...malam ini diri ini mengatakan yang diri ini mungkin x dpt menelefon dirimu...ya...diri ini sekali lagi menipu...diri ini sebenarnya berharap sangat dapat menelepon dirimu dan mendengar suaramu sebelum tidur..tp disebabkan hal semalam diri ini terpaksa menipu dan mengatakan yang diri ini x perlu telefon dirimu malam ini...maafkan diri ini...diri ini terpaksa menipu kerana diri ini tak sanggup membuat dirimu bertambah sakit...biarlah diri ini sahaja menanggung sakit itu...maafkan diri ini...diri ini sangat merindui dirimu..huhu...semoga cepat sihat..

Ramai org tak tahu akan keadaan diriku yang sakit sejak beberapa ari lalu...ya...aku mulai sakit selepas malam kebudayaan pengakap maktab sabah...n pernah sekali sakit ku ini hampir terdedah depan dirinya iaitu sewaktu balik dari 1B dalam perjalanan menghantarnya balik ke runah...ketika itu aku berabis menahan sehingga tahap aku menangis menahan sakit itu...memang teruk ketika tahan sakit itu tapi aku tak nak dirinya tau pada waktu itu...sebab aku tak nak senyumannya yang manis bertukar jadi kerisauan...sedangkan dirinya ketika itupun juga sakit n demam...

Apa2pun ku doakan dirinya kembali sihat n ceria...kerana diri ini sangat menyayangi dirinya...

Thursday, February 14, 2013

Aku Menangis???...

Aku menangis?...hahaha...jawapannya adalah YA...semenjak dua menjak nie aku telah menangis sebanyak dua kali...dan yang hairannya aku langsung tak dapat tahan tangisan ku itu...dan kedua-duanya berlaku dalam waktu yang sama iaitu ketika Solat Maghrib ketika Takbir pertama dan ketika ku berdoa selepas Solat Maghrib....

Pertama kali aku menangis ialah ketika aku solat maghrib di surau Maktab Sabah sewaktu Kem Keahlian Pengakap 08 Maktab Sabah...Ketika itu aku menangis kerana waktu itu aku rasa nikmatnya solat...huhu...rasa sungguh nyaman dan tenang mengalir ke tubuhku...dan ketika aku berdoa ku tak dapat menahan tangisanku lagi...aku rasa aku sungguh lemah dan aku macam tak berhak berdoa pada Allah swt...tapi ku tau Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...huhu...dan dalam doaku tentulah ku doakan ibu bapaku dan adik beradikku...dan dalam doaku juga aku tak pernah lupa menyebut nama insan yang ku sayang..dan kerana dia jugalah aku menangis dalam doaku...aku takut sangat akan kehilangan dirinya...huhu

Dan hari ini aku menangis lagi..dan ia adalah kali kedua ku menangis pada waktu solat maghrib ketika takbir pertama di angkat dan ketika aku berdoa selepas solat maghrib...hari ini aku solat maghrib di surau 1 Borneo...ramai orang ketika itu...cuma kali ni aku rasa sangat takut dan menggigil seluruh tubuhku ketika menangis...tidak lagi setenang lalu...kali ini aku tak tau kenapa ia berlaku tapi ia juga berlanjutan hingga aku balik ke rumah...huhu...dan saat yang aku tak sangka ialah tangisanku pecah berderai ketika aku mengangkat doa kepada Allah swt hingga aku tak hirau orang yang ada di sekelilingku ketika itu...tidak ada lagi perasaan malu dalam diriku untuk menahan tangisku...dan ketika itulah aku rasa kurang bebanan bila aku menangis...segalanya ku ungkapkan dalam doa ku bersama tangisku...dan sejujurnya dalam doaku kali ini aku rasa betul-betul takut akan kehilangan dirinya iaitu orang yang istimewa buatku...aku seolah tak sanggup menerima akan kehilangan dirinya...dan ku mohon agar janganlah dirinya di pisahkan dari diriku dan jadikanlah dirinya peneman hidupku di dunia dan akhirat...

Entah kenapa ia berlaku..aku terfikir akan nya...pening memang pening tapi aku rasa sungguh lega bila menangis ketika itu...apa2pun aku harap yang terbaik dan aku juga akan mencuba yang terbaik menjadi yang terbaik di antara yang terbaik...insyaAllah...

Monday, February 11, 2013

Bahagia : Yakin dan Pasti bukan Janji

Bismillahirrahmannirrahim

Assalammualaikum wbt...

Mengantuk namun tak dapat juga tido...apa boleh buat...maka menulis blog lah jawabnya...hahaha...dah lama dan berhabuk dah blog nie rasanya...hahaha...

Menulis akan hal mengikut topik yang asal...hahaha...rasa formal pula...hahaha

Waktu dulu aku pernah bercakap kepada seseorang yang sangat istimewa pada aku iaitu "Aku ingin bahagiakan dirimu dan ini bukan janji tapi ini kerana aku yakin dan pasti"...ayat ni ku ungkapkan dalam kereta sewaktu menghantar dia balik ke rumah...dan ketika itu suasana menjadi sunyi dan yang hanya dengar ialah bunyi hujan di luar ketika itu...huhu...

wah...jika di lihat ayat tersebut...satu ayat yang macam angkuh bila di baca atau di dengari pada halwa telinga siapa2 yang mendengarnya...hahaha...tapi inilah kebenarannya...

Ya jujur...aku memang amat yakin dan pasti dapat membahagiakn orang yang aku sayangi...kerana apa guna kita sayang dengan seseorang jika asyik buat dia menderita dan sedih...sudah tentu kita ingin dia bahagia di samping kita kan...bersama-sama dengan kita...maka tentu kita akan lebih berusaha untuk mencuba dan belajar membahagiakan dirinya...apabila diriku telah meletakkan keyakinan dan kepastian itu maka aku telah mempunyai satu matlamat iaitu mencuba dan berusaha membuat dirinya sebahagianya dengan segala kudrat yang ada...mungkin hingga diriku terkorban... ^___^

Tentu orang juga bertanya kenapa ia bukan JANJI?...ya...aku tak boleh berjanji...kerana aku takut aku melanggar janji dengan membuatnya sedih...aku takut setelah ketiadaan ku nanti aku akan membuat dia lebih sedih dan menderita...maafkan diriku...

Aku masih dalam proses memahami dan belajar untuk buat orang yang istimewa padaku bahagia...aku berharap aku berjaya dan dapat buat dia bahagia di samping ku...doa dari kalian amat lah membantu ku...semoga aku berjaya membuatkan dia bahagia di dunia dan akhirat...dan sekali lagi aku YAKIN dan PASTI buat dia BAHAGIA bersamaku di dunia dan akhirat...amin


p.s. Maafkan diriku jika dalam waktu diriku belajar memahami dirimu aku sering membuat dirimu sakit hati, marah dan sedih...tapi aku tak akan berhenti berusaha untuk membuat dirimu bahagia dan mengukir senyumanmu yang indah di wajahmu yang comel...Bucuk sayang Mucuk...