Thursday, February 14, 2013

Aku Menangis???...

Aku menangis?...hahaha...jawapannya adalah YA...semenjak dua menjak nie aku telah menangis sebanyak dua kali...dan yang hairannya aku langsung tak dapat tahan tangisan ku itu...dan kedua-duanya berlaku dalam waktu yang sama iaitu ketika Solat Maghrib ketika Takbir pertama dan ketika ku berdoa selepas Solat Maghrib....

Pertama kali aku menangis ialah ketika aku solat maghrib di surau Maktab Sabah sewaktu Kem Keahlian Pengakap 08 Maktab Sabah...Ketika itu aku menangis kerana waktu itu aku rasa nikmatnya solat...huhu...rasa sungguh nyaman dan tenang mengalir ke tubuhku...dan ketika aku berdoa ku tak dapat menahan tangisanku lagi...aku rasa aku sungguh lemah dan aku macam tak berhak berdoa pada Allah swt...tapi ku tau Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...huhu...dan dalam doaku tentulah ku doakan ibu bapaku dan adik beradikku...dan dalam doaku juga aku tak pernah lupa menyebut nama insan yang ku sayang..dan kerana dia jugalah aku menangis dalam doaku...aku takut sangat akan kehilangan dirinya...huhu

Dan hari ini aku menangis lagi..dan ia adalah kali kedua ku menangis pada waktu solat maghrib ketika takbir pertama di angkat dan ketika aku berdoa selepas solat maghrib...hari ini aku solat maghrib di surau 1 Borneo...ramai orang ketika itu...cuma kali ni aku rasa sangat takut dan menggigil seluruh tubuhku ketika menangis...tidak lagi setenang lalu...kali ini aku tak tau kenapa ia berlaku tapi ia juga berlanjutan hingga aku balik ke rumah...huhu...dan saat yang aku tak sangka ialah tangisanku pecah berderai ketika aku mengangkat doa kepada Allah swt hingga aku tak hirau orang yang ada di sekelilingku ketika itu...tidak ada lagi perasaan malu dalam diriku untuk menahan tangisku...dan ketika itulah aku rasa kurang bebanan bila aku menangis...segalanya ku ungkapkan dalam doa ku bersama tangisku...dan sejujurnya dalam doaku kali ini aku rasa betul-betul takut akan kehilangan dirinya iaitu orang yang istimewa buatku...aku seolah tak sanggup menerima akan kehilangan dirinya...dan ku mohon agar janganlah dirinya di pisahkan dari diriku dan jadikanlah dirinya peneman hidupku di dunia dan akhirat...

Entah kenapa ia berlaku..aku terfikir akan nya...pening memang pening tapi aku rasa sungguh lega bila menangis ketika itu...apa2pun aku harap yang terbaik dan aku juga akan mencuba yang terbaik menjadi yang terbaik di antara yang terbaik...insyaAllah...

No comments:

Post a Comment