Tuesday, August 25, 2009

PERUBAHAN...

Assalammualaiakum W.B.T...
A'ah...hari ni tajuk berkenaan dengan perubahan...hehe...tajuk jer pun dah menunjukkan cara penulisan dah berubah...hehe...sebelum tue syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ni kita dah masuk hari ke-4 berpuasa di bulan Ramadhan...bulan yang penuh keberkatan dan di tunggu-tunggu oleh umat Islam kerana di dalamnya terdapat banyak manfaat...
Sejak kebelakangan ni aku rasa aku macam dah jadi orang lain. Kadang-kadang aku rasa diriku waktu tu bukan diriku yang sebenar. Selalunya orang berubah kepada yang positif tapi aku pula menjadi cepat pemarah dan sensitif. Hairan juga... Tapi entahlah. Kadang-kadang aku tak sedar bila perubahan tu berlaku dan selepas berlaku barulah aku sedar dan menyesal. Manusia kan, bila dah buat salah baru sedar dia buat salah. Bak kata orang tua, sudah terhantuk baru terjaga. Bila dah benjol atau bengkak di kepala baru rasa sakitnya. Alhamdulillah...sedarlah juga akan kesilapan tu. Tapi ada rasa kekesalan jugalah kerana kadang-kadang selepas berlaku tu ianya melibatkan orang lain. Orang lain yang kena tentu dia rasa sakit hati dengan apa yang berlaku. Tapi aku harap dia faham dan kalau dia salahkan aku pun, aku harap dia maafkan aku. Aku tak sengaja dan aku mohon maaf secara terbuka dalam blog ni...
Ada manusia yang bercita-cita nak berubah bentuk fizikal dari kurus ke berisi dan dari gemuk ke badan yang sasa...hehe...aku pun ada juga cita-cita macam tu. Tapi walaupun badan ku besar, Alhamdulillah aku tak ada penyakit yang serius. Syukur Alhamdulillah. Ini juga adalah salah satu perubahan. Banyak juga aktiviti yang ku lakukan tapi satu jer tabiat ku yang belum dapat ku ubah iaitu makan lewat malam. Ades...bila lah nak berubah ni yer...huhu...
Ok...berbalik pada tajuk kita. Secara umumnya. Manusia ni berubah setiap saat, minit dan jam...Betul atau tidak?...Kita berubah tempat duduk, berubah tempat berdiri dan berubah riak wajah...betulkan...jadi, manusia ni memang sentiasa berubah. Tapi apa-apa pun kita mahukan perubahan tu ke arah positif. Aku pun harap aku dapat mengubah diriku ke arah yang positif dan aku akan berusaha untuk merubahnya untuk kebaikan diriku,orang yg ku sayangi iaitu keluargaku dan orang di sekelilingku. Doakan aku...amin...

Sunday, August 23, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalammualaikum w.b.t....
Alhamdulillah...Ramadhan kembali lagi...Bulan yang penuh rahmat dan keberkatan...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
Tak disangka, masa berlalu dengan cepatnya. Setahun telah berlalu meninggalkan Ramadhan yang lalu dan kini bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ni. Alhamdulillah, Allah telah beri lagi kita peluang untuk bertemu di Ramadhan tahun ini dan semoga Ramadhan kali ini lebih bererti pada diri kita.
Dalam hadith ada menyebut bahawa Awal Ramadhan adalah Rahmat, Pertengahan Ramadhan adalah Pengampunan dan Akhir Ramadhan adalah Pelepasan Dari Api Neraka.
Selalunya di setiap Ramadhan saya akan mengikuti beberapa aktiviti yang telah direncanakan oleh diri saya sendiri atau pun persatuan yang saya ikut seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan juga Majlis Belia Sabah(MBS). Seperti tahun-tahun yang sudah, ABIM menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang berobjektifkan membina insan bertakwa. Sudah beberapa tahun saya mengikuti program ini bermula dari tahun 2006 dan sehinggalah sekarang pada tahun 2009. Ihya' Ramadhan pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya di mana program kali ini diadakan pada waktu malam dan sasaran tempat adalah IPT dan IPG di seluruh Sabah. Seronok rasanya ni. Berbeza dari tahun-tahun yang sudah.
Pada tahun ini juga, Alhamdulillah sebelum Ramadhan tiba, saya telah berpuasa sunat Rejab dan Syaaban penuh. Maknanya, sekiranya saya penuh berpuasa dalam Ramadhan tahun ini, Alhamdulillah saya telah berjaya melaksanakan puasa selama 3 bulan berturut-turut seperti yang saya idam-idamkan sebelum ni. Seronok rasanya menikmati puasa. Seperti dalam satu Hadith juga. Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan Rasulullah dan Ramadhan adalah bulan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W...
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SELURUH UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERAGAMA ISLAM. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. RASALAH NIKMAT PUASA DAN CARILAH KEBERKATANNYA. AMIN...