Friday, September 24, 2010

Silent Day...

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Jumaat datang lagi...selalunya hari Jumaat lah di tunggu-tunggu bagi semua orang yang bekerja dan belajar kerana esoknya adalah hari sabtu yg mana hari untuk kita berehat...tapi bila hari isnin jer tiba...ramai yang mengeluh dan ada yang pandai datang sakitnya kerana mula sudah bekerja...itu yang hari isnin terdapat banyak istilah...tapi sebelum dapat kerja dulu bila kena temuduga, ramai yang kata sanggup bekerja 24/7...Fuh semangat gila, sampai penemuduga rasa bangga dengan kita...hahaha...tapi bila dah dapat kerja, mula-mulanya baik saja then lepas beberapa bulan mula sudah mengeluh dan asyik nak minta cuti ja...bila cuti dah nak abis pandailah pula minta MC(medical Certificate)...hahahaAda-ada saja...

Hari ni di pejabat rasa sunyi sikit...Kerja yang berlambak Alhamdulillah dah disiapkan...Buka komputer dan rasa nak main "chess online" kat www.chesscube.com ...tapi internet pula buat masalah...Internet Explorer tak dapat buka..Mozilla pula meragam...Talian Internet pula lembap...Nie nasiblah nie dapat juga tulis blog...Nie pun sebab dah tak tau apa nak buat...dah mundar mandir satu ofis nie...kawan semua pun dah abis di kunjungi...itu pun tak ramai sebab kebanyakan pegawai pergi mesyuarat dan lawat periksa, kawan seangkatan pula banyak yang keluar almaklumlah hari jumaat...sekarang ni barulah dapat duduk diam dan terfikir nak 'update blog' ni...hehehe...terisi juga blog nie...
Namun, walau bagaimanapun keadaan, keberadaan di ofis perlu diutamakan...cuba lagi menikmati hari jumaat ini walaupun sunyi...sebelum diakhiri cerita, saya ingin mengucapkan selamat bercuti pada semua yang akan bercuti pada hari esok iaitu hari Sabtu...
sekian...wassalam...

Tuesday, September 21, 2010

Maut, Mati dan Ajal...

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.b.t...
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan oangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" Surah Al-Imran Ayat 185...
Pertama nak di ucapkan takziah kepada rakan sepejabat dan keluarganya atas pemergian ayahandanya ke Rahmatullah. Di doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...
Berdasarkan ayat di atas itu, jelas dan nyatalah bahawa kita semua ini akan menemui ajal atau pun mati. Tidak ada serorang pun yang bernyawa di dunia ini yang akan hidup selamanya. Hanya Allah yang kekal abadi. Apakah kita masih belum sedar bahawa kematian tengah menanti-nanti kehadiran kita. Rumah kata pergi kubur kata mari. Harta dan pangkat yang ada tidak akan menyelamatkan kita dari ajal yang pasti untuk kita. Kalau harta yang banyak boleh di gunakan untuk membeli nyawa agar hayat lebih panjang tentu orang akan berlumba-lumba ingin beli kan sebab semuanya takut meninggalkan kemewahan dunia. Mungkin juga alasan yang kita akan dengar ialah 'Amalan aku masih belum cukup lagi tu sebab aku mohon umur panjang agar dapat lagi aku kumpulkan amalan aku"...mgkn juga "Aku belum puas lagi hidup ni sebab aku lum lagi kahwin"...Hahaha...bukan selalu kah kita dengar ayat sebegini?...Dah tau amalan belum cukup tapi masih juga tak sedar-sedar nak beramal...masih juga membuat maksiat dan benda yang di larang oleh Allah s.w.t...Maka fikirlah sebaiknya sebelum terlambat...Di tambah lagi dengan ayat 57 Surah Al-Ankabuut seperti di bawah...
" Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)"
Fuh!...Lagi ditekankan di sana. Tiada siapa dapat lari dari menemui ajal ataupun mati. Setiap yang hidup pasti mati. Jangan lah cuba-cuba kata hidup ni boleh kekal abadi kerana Allah sudah jelaskan pada kita bahawa kita semua ni memang akan mati dan akhirnya nanti akan ditentukan balasan untuk kita atas apa yang telah kita lakukan di muka bumi ketika hayat kita.
Dari dulu kita pernah bertanya pada diri kita kenapa kita tidak tahu bila kita akan mati?...Kenapa nak dirahsiakan tarikh kita mati?...Bukankah lebih baik kita tau bila kita mati supaya kita dapat buat persediaan dari segi amalan,kain kapan,kapur barus, dan tanah perkuburan boleh 'booking' awal-awal...Kan bagus begitu...Tapi Allah lebih tahu akan hal ini. Kita pun boleh fikir sendiri kenapa semua itu dirahsiakan Allah. Andai lah kita tahu bila kita mati tentu dekat-dekat nak mati baru kita mula nak jadi baik, mula nak beribadah dan mulalah tunjuk alim. Hahaha...betul tak?..Tapi kalau kita tidak tahu dan sebagai orang yang beriman tentu kita akan merasakan nyawa kita cuma sesaat ja lagi. Oleh itu tentu kita akan beribadah setiap masa dan mengharapkan balasan yang baik untuk diri kita. Katakanlaah seperti ayat 162 di dalam Surah Al-An'aam...
" Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
Biarlah apa kebaikan yang kita lakukan di dunia yang sementara ini adalah untuk Allah dan ikhlas keranaNya. Pada siapa lagi kita akan kembali, hanya padaNya kita akan bertemu di hari pembalasan kelak. Janganlah kita mati dalam keadaan kafir dan kufur. Semoga kita dimatikan dalam Islam seperti dalam Surah Al-Imran ayat 102...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"
Semoga kita semua ditempatkan di dalam syurga yang abadi dan dekat di sisi Allah bersama insan-insan yang terpilih.
Dalam ruangan ini juga, saya memohon agar sama-sama kita mendoakan umat islam yang telah pergi agar roh mereka di cucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga Allah mematikan kita dalam keadaan beriman...Amin...
Wassalam......

Saturday, September 18, 2010

Sedikit Cerita...

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Hari ini aku baca blog seorang teman. Seronok membaca isi dalam blognya. Rajin betul dia menulis blog tentang dirinya. Setiap apa yang berlaku padanya pasti akan ditulisnya olehnya dalam blognya dan yang membuatkan ia menarik ialah blognya penuh dengan kejujuran. Hairan?... Tak jugalah hairan tapi apa yang diluahkannya tu boleh membuatkan orang berfikir dan kerajinannya menulis blog tu menunjukkan kesungguhannya...

Tapi aku bukan jenis macam tu. Aku menulis bila aku suka. Aku menulis kerana adanya cerita yang patut di ceritakan. Aku menulis kerana adanya kemahuanku dan aku menulis kerana aku perlu tulis hal itu. hehe. Aku lebih suka kumpulkan cerita dan kemudian baru akan ku masukkan ke dalam blog ku ini. Mungkin boleh di katakan blog ku ini tak "UPDATED" lah sebab menceritakan kisah yang telah berlalu. Namun bagi aku, semua cerita adalah baru bila kita ceritakan kembali. Maknanya tiada masalah lah kalau aku tulis cepat atau lambat pun...hehehe...

Pada sahabat, teman dan saudaraku yang mempunyai blog. Teruskanlah menulis. Aku pasti tulisan kamu akan di baca satu hari nanti dan dapat membuka mata serta hati siapa-siapa sahaja yang membacanya.

wassalam...

p/s : masih lagi raya bah kan... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...