Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.b.t...
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan oangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" Surah Al-Imran Ayat 185...
Pertama nak di ucapkan takziah kepada rakan sepejabat dan keluarganya atas pemergian ayahandanya ke Rahmatullah. Di doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...
Berdasarkan ayat di atas itu, jelas dan nyatalah bahawa kita semua ini akan menemui ajal atau pun mati. Tidak ada serorang pun yang bernyawa di dunia ini yang akan hidup selamanya. Hanya Allah yang kekal abadi. Apakah kita masih belum sedar bahawa kematian tengah menanti-nanti kehadiran kita. Rumah kata pergi kubur kata mari. Harta dan pangkat yang ada tidak akan menyelamatkan kita dari ajal yang pasti untuk kita. Kalau harta yang banyak boleh di gunakan untuk membeli nyawa agar hayat lebih panjang tentu orang akan berlumba-lumba ingin beli kan sebab semuanya takut meninggalkan kemewahan dunia. Mungkin juga alasan yang kita akan dengar ialah 'Amalan aku masih belum cukup lagi tu sebab aku mohon umur panjang agar dapat lagi aku kumpulkan amalan aku"...mgkn juga "Aku belum puas lagi hidup ni sebab aku lum lagi kahwin"...Hahaha...bukan selalu kah kita dengar ayat sebegini?...Dah tau amalan belum cukup tapi masih juga tak sedar-sedar nak beramal...masih juga membuat maksiat dan benda yang di larang oleh Allah s.w.t...Maka fikirlah sebaiknya sebelum terlambat...Di tambah lagi dengan ayat 57 Surah Al-Ankabuut seperti di bawah...
" Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)"
Fuh!...Lagi ditekankan di sana. Tiada siapa dapat lari dari menemui ajal ataupun mati. Setiap yang hidup pasti mati. Jangan lah cuba-cuba kata hidup ni boleh kekal abadi kerana Allah sudah jelaskan pada kita bahawa kita semua ni memang akan mati dan akhirnya nanti akan ditentukan balasan untuk kita atas apa yang telah kita lakukan di muka bumi ketika hayat kita.
Dari dulu kita pernah bertanya pada diri kita kenapa kita tidak tahu bila kita akan mati?...Kenapa nak dirahsiakan tarikh kita mati?...Bukankah lebih baik kita tau bila kita mati supaya kita dapat buat persediaan dari segi amalan,kain kapan,kapur barus, dan tanah perkuburan boleh 'booking' awal-awal...Kan bagus begitu...Tapi Allah lebih tahu akan hal ini. Kita pun boleh fikir sendiri kenapa semua itu dirahsiakan Allah. Andai lah kita tahu bila kita mati tentu dekat-dekat nak mati baru kita mula nak jadi baik, mula nak beribadah dan mulalah tunjuk alim. Hahaha...betul tak?..Tapi kalau kita tidak tahu dan sebagai orang yang beriman tentu kita akan merasakan nyawa kita cuma sesaat ja lagi. Oleh itu tentu kita akan beribadah setiap masa dan mengharapkan balasan yang baik untuk diri kita. Katakanlaah seperti ayat 162 di dalam Surah Al-An'aam...
" Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
Biarlah apa kebaikan yang kita lakukan di dunia yang sementara ini adalah untuk Allah dan ikhlas keranaNya. Pada siapa lagi kita akan kembali, hanya padaNya kita akan bertemu di hari pembalasan kelak. Janganlah kita mati dalam keadaan kafir dan kufur. Semoga kita dimatikan dalam Islam seperti dalam Surah Al-Imran ayat 102...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"
Semoga kita semua ditempatkan di dalam syurga yang abadi dan dekat di sisi Allah bersama insan-insan yang terpilih.
Dalam ruangan ini juga, saya memohon agar sama-sama kita mendoakan umat islam yang telah pergi agar roh mereka di cucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga Allah mematikan kita dalam keadaan beriman...Amin...
Wassalam......
No comments:
Post a Comment