Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.b.t...
2 minggu nie kepala aku sangat2 berat dan macam2 ada dalam kepala saat ini...ketika menaip blog ini pun aku tetap memikir semua perkara tue...harap2 aku dapat buat lah sebelum aku ke KL lagi kali ni...huhuhu
Banyak jugalah dah setel cuma sekarang nie aku nak confirmkan ja balik semuanya...aku nak buat yang terbaik sebelum aku ke KL...
Semoga segalanya dalam keadaan baik..amin
Thursday, May 31, 2012
Joging dan Bunga....
Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.b.t...
Alhamdulillah...selasa lalu pada tanggal 29hb Mei lepas aku dapat melakukan joging lagi selepas 5 hari tak berjoging...huhu...3 minggu joging turun 3kg...tapi bila 5 hari tak joging, laju jer naik 3kg...hahahaha...sandi tul...
So kali ni aku joging kat Taman Tun Fuad di Bukit Padang KK...yang berbeza kali nie joging aku di temani seseorang yang istimewa...hahaha...masa amik dia kat rumah tue yang terkejutnya aku ialah dia naik seja ke kereta terus diserahkan padaku sekuntum bunga ros berwarna merah jambu...nah nah nah...1st time aku dapat bunga dari perempuan...hahahaha...dengan muka selamba tapi hati berbunga-bunga aku terima bunga tue...hahahaha...dan simpan di bahagian kerusi belakang...then we go to joging di Taman Tun Fuad...hahahaha...
sekadar gambar hiasan(psst...aku dapat sekuntum jer..hehe)
Cuaca pun ok that time...so we start jogging...dan yang lawaknya dia pakai selipar lak joging...hahaha...so aku berlari dan dia pula berjalan kaki...hahahaha...lawak-lawak...tiga pusingan jugalah kami joging dan berjalan...anggaran jarak ialah almost 6km...hehehehe...memang basah lencun baju...then finish joging around 9am kami pun tak tau nak buat apa...then we decided to watch movie...hahahaha...adakah movie awal pagi...sekali ingat punya ingat ada pula movie start awal jam 10am di Megalong Cineplex Penampang....hahahaha...so fikir punya fikir and we decided to go to watch movie...
So we go to Megalong di Penampang...tapi belum buka lagi sebab kami sampai dalam jam 930am...rupa2nya jam 10am baru buka...so stay lepak kedai mamak lu pekena Teh O Kosong dan Milo Ping...hahaha...then mama dia call suruh balik...alamak susah nie macam...dalam fikiran pula kalau kali ini tak jadi juga dah 4 kali kami plan tengok wayang tak jadi2...huhuhu...
First date kuar nak tengok wayang di 1B...tetiba lak time tue teda elektrik satu KK...so tak dapat nak tgk wayang...2nd time ialah sehari sebelum Mother's Day...hahahahaha....nak plan p tgk wayang..last2 tak jadi juga sebab yang penting ialah cari tudung untuk mamanya sempena hari ibu...hehehe...kali ketiga pun di 1B juga...hahahaha...kali ni yang best sikit...dah sampai awal dah di 1B dan dah dekat tempat beli tiket dah...then suddenly my friend call minta baca doa sempena pertunangan adiknya...huhu...orang dah minta untuk benda baik kan...takkan nak tolak pula...huhu...then dia pun kata takper...so terpaksa tinggalkan dia di Center Point sorang2 then aku pula pi tempat kawan aku tue...so plan nak tgk wayang lepas majlis tue tapi lambat pula majlis tue mula dan tamat pun lewat lah dekat jam 3...so dekat 3 jam pula dia di CP sorang2...huhu...kesian...so ingat nak tengok wayang petang tue juga tapi mamanya tak suruh lagipun wayang tue jam 440pm...so agak lewat dah lah utk tgk wayang...so lepak tempat lain...
Hahahaha...akhirnya yang ke4 ni kami dapat juga tengok wayang bersama...tapi ada juga halnya mula2...hahahaha...masa nak beli tiket tue...orang kaunter tiket tue cakap wayang tak akan di mainkan kalau tak cukup 4 orang sebab minima untuk tengok wayang ialah 4 orang...kalau kurang wayang terpaksa cancel...adeh...memikir juga mula2...so kami putuskan untuk datang balik ke kaunter 5 minit sebelum start...manatau dah ada orang beli...hehehe...kali kedua kami naik dan tanya tetap hanya kami dua yang nak tgk wayang tue...so kerana taknak plan tengok wayang kami batal untuk kali ke empat so kami beli ja tiket untuk 4 orang tgk...hahahahaha...dan akhirnya barulah kami dapat tengok wayang tue...hahahaha...adedeh...susah juga yer nak tengok wayang nie...hahahaha
Anyway...thanks to her mom benarkan dia jalan dan juga pada adiknya sebab minta beli KFC so kami ada peluang untuk berjalan dan masa untuk tengok wayang...hahahaha...sesuatu kenangan yang tak boleh di lupakan....hahahaha...and thanks to her too sebab sudi keluar joging dan tengok wayang with me...hehehehe...
Bila dah selesai wayang we go to beli bread untuk mamanya dan KFC untuk adiknya...hahahaha...bukan nak rasuah yer...tapi sebagai mengucapkan terima kasih dan penghargaan...hehehehe...so send her home and before she left the car dia bagi pula keychain...huhuhu...terharu pula...kiranya aku dapat 2 hadiah dalam satu hari...huhu...sangat2 dihargai...thank you so much...satu kenangan yang cukup manis buat diriku...thanks sekali lagi...
Friday, May 25, 2012
Kosongkan Fikiran
.........................................A...........................N.............................J.................................E...........................
Luahan
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalammualaikum w.b.t.
Selamat pagi..hehehe
Pagi2 lagi dah bercerita berkaitan luahan perasaan...hahahaha...Yer, kebelakangan ini aku rasa betul2 tak tau nak buat apa. Sering melayan perasaan seorang diri. Semuanya terbuku ja di hati. Sakit menahan sendiri. Tak tahu nak luahkan pada sesiapa kerana bila kita nak luahkan sesuatu ianya adalah sesuatu yang sangat rahsia dan sulit dan tentunya kita nak bercerita dengan orang yang kita betul2 percaya.
Memang sukar pada mulanya untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati kerana apa yang aku nak luahkan berkaitan dengan orang sekelilingku dan orang yang rapat denganku. Nasiblah semalam aku dapat juga menceritakan luahan itu kepada seseorang yang aku sangat percaya dan aku anggap sebagai seorang kakak. Memang dia terkejut pada mulanya atas apa yang aku ceritakan dan memang ia tak sangka kejadian itu berlaku. Selesai saja aku meluahkan segalanya aku berasa sedikit tenang. Memang lepas segalanya apa yang tersimpan dalam hati. Terima kasih aku ucapkan pada kakak kerana sudi mendengar luahan aku dan memberi sedikit nasihat padaku. Aku akan cuba melakukan apa yang di sarankan.
Baru aku tahu sekarang bahawa kita tak boleh nak simpan segala macam dalam diri sendiri takut akan merosakkan diri. Kita perlukan juga seorang kawan,teman atau sahabat untuk mendengar luahan perasaan kita. Barulah kita akan rasa sedikit tenang. Tapi carilah orang yang betul2 boleh mendengar luahan kita itu, menyimpan rahsia itu dan seterusnya pada masa yang sama dapat memberikan kita nasihat yang membina. InsyaAllah kita akan rasa sangat tenang.
Terima kasih
wassalam
Assalammualaikum w.b.t.
Selamat pagi..hehehe
Pagi2 lagi dah bercerita berkaitan luahan perasaan...hahahaha...Yer, kebelakangan ini aku rasa betul2 tak tau nak buat apa. Sering melayan perasaan seorang diri. Semuanya terbuku ja di hati. Sakit menahan sendiri. Tak tahu nak luahkan pada sesiapa kerana bila kita nak luahkan sesuatu ianya adalah sesuatu yang sangat rahsia dan sulit dan tentunya kita nak bercerita dengan orang yang kita betul2 percaya.
Memang sukar pada mulanya untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati kerana apa yang aku nak luahkan berkaitan dengan orang sekelilingku dan orang yang rapat denganku. Nasiblah semalam aku dapat juga menceritakan luahan itu kepada seseorang yang aku sangat percaya dan aku anggap sebagai seorang kakak. Memang dia terkejut pada mulanya atas apa yang aku ceritakan dan memang ia tak sangka kejadian itu berlaku. Selesai saja aku meluahkan segalanya aku berasa sedikit tenang. Memang lepas segalanya apa yang tersimpan dalam hati. Terima kasih aku ucapkan pada kakak kerana sudi mendengar luahan aku dan memberi sedikit nasihat padaku. Aku akan cuba melakukan apa yang di sarankan.
Baru aku tahu sekarang bahawa kita tak boleh nak simpan segala macam dalam diri sendiri takut akan merosakkan diri. Kita perlukan juga seorang kawan,teman atau sahabat untuk mendengar luahan perasaan kita. Barulah kita akan rasa sedikit tenang. Tapi carilah orang yang betul2 boleh mendengar luahan kita itu, menyimpan rahsia itu dan seterusnya pada masa yang sama dapat memberikan kita nasihat yang membina. InsyaAllah kita akan rasa sangat tenang.
Terima kasih
wassalam
Thursday, May 24, 2012
Sakit
Bismillahhirrahmannirrahim....
Assalammualaikum w.b.t....
Syukur ke hadrat Allah swt atas limpah dan kurniaNya, aku yang hina ini diberikan peluang kesihatan dari segi fizikal iaitu luaran. Memang kesihatan adalah satu aset atau harta yang sangat bernilai dalam kehidupan seorang manusia. Sesuatu yang sukar untuk ditukar ganti dan tiada kedai mahupun lelong online yang menjual kesihatan.
Aku baru balik dari melawat seorang sahabat yang mana sekarang ini di tahan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah bahagian Unit Rawatan Paliatif atas masalah kesihatan yang di hadapinya. Lebih sesuai ku panggil sahabat atau adik kerana umurnya baru sahaja mencecah 14 tahun semalam. Umur yang sangat muda jika dibandingkan dengan aku nie. Masalah kesihatan yang dihadapi oleh adik ini seperti yang dimaklumkan pada aku adalah BARAH OTAK. MasyaAllah, adik yang sekecil ini menerima ujian Allah yang amat berat. Sedangkan orang yang lebih dewasa darinya juga tidak mampu menerima penyakit sedemikian rupa. Mungkin aku juga tak sekuat adik itu jika penyakit itu menimpa diriku.
Jika dahulunya, orang ramai beranggapan yang cuma orang dewasa sahaja akan mendapat penyakit yang kronik seperti ini dan juga penyakit lain seperti Kencing Manis, Tinggi Darah, Sakit Jantung, Gout dan lain-lain lagi. Tapi pada masa sekarang, mungkin pendapat seperti itu tak boleh diterima lagi. Sekarang ini, tak kira tua atau muda semuanya senang mendapat penyakit jika tak pandai menjaga kesihatan.Yang teruknya ialah bila dah sekali mendapat ubat untuk penyakit-penyakit sebegitu dan seterusnya kita akan terus bergantung pada ubat-ubat tue seumur hidup. Bak kata orang yang lebih awal makan garam " Mencegah lebih baik dari Mengubati "...hehehe
Apa2pun di doakan semoga semua sahabat yang aku kenal dan mengenali diri ini agar diberikan kesihatan yang baik dan terpeliharan dari sebarang penyakit fizikal dan rohani...
wassalam...
Kembali Bertaut
Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakah tu...
Selamat pagi semua...hahaha...dah lama rasanya aku tinggalkan dunia blog nie disebabkan kesibukan masaku di alam realiti. Sesungguhnya aku rindu saat aku menulis atau menukilkan sesuatu kerana apa yang ku tulis adalah berkenaan diriku dan orang sekelilingku. Keadaan realiti sesuatu yang terjadi di alam realiti.
Hahaha...aku memilih tajuk kembali bertaut bukannya bermaksud aku dan pasanganku kembali bersama tapi adalah kerana aku dan blog atau penulisan kembali lagi untuk kesekian kalinya. Banyak juga cerita yang berlaku dalam tempoh masa 2 tahun aku meninggalkan dunia penulisanku. Tapi itu memang dah biasalah berlaku, kerana setiap langkah mahupun apa gerak yang dilakukan pasti terselit sebuah cerita. Tak kira sedih mahupun gembira...hahahaa
Sebagai pembukaan tirai penulisanku semula dalam blog ku ini telah aku lampirkan sebuah karya baru yang baru aku hasilkan semalam iaitu ANJE...sebuah puisi yang aku hasilkan khas untuk seseorang yang sangat istimewa...hahahaha...mungkin tak dapat cerita dalam ruangan tajuk ini. Lain kali lah kita bercerita tentang itu.
Sampai di sini saja untuk kali ni...insyaAllah...jika aku diberikan kemudahan, kesenangan dan kelapangan untuk berkarya atau menulis, aku pasti akan lakukan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog aku yang tak seberapa ini.
wassalam
A.N.J.E...
Anje...
Hadir namanya beserta doa
Bagaikan bidadari turun ke dunia
Mengubati hati yang pernah pasrah
Dan takut tuk menerima Cinta
Ku alunkan nama panggilannya
Panggilan yang sememangnya manja
Disebabkan oleh tingkahnya
Dan dari kecomelan paras wajah
Senyumannya mengusik hati
Indah walaupun tanpa nampak gigi
Sering membuatku jatuh hati
Boleh cair tanpa kawalan diri
Tersemat lekat di dalam sanubari
Buat pengubat rindu di hati
Santunnya indah memukau rasa
Tuturnya halus bijak bicara
Langkahnya terurus bertapak cita
Sering menjaga hati walau diri terluka
Pengorbanannya tak terkira
Kadang diri sendiri rasa sangat bersalah
Setiap hubungan pasti ada waktunya
Pasang surut silih berganti
Namun dirinya cekal berdiri
Menelan segala pahit yang menikam nurani
Menerima sakit yang datang bertubi-tubi
Tetap tabah dan mengukir senyuman yang tak nampak gigi
Indah walaupun saat dirinya bersedih...
Anje...
Maafkan kanda
Dirimu sangat mulia
Lebih berharga dari permata
Lebih indah dari mutiara
Kerana dirimu tiada galang gantinya
Ku berharap nanti suatu masa
Ku dapat membalasnya
Dan membuatkan dirimu lebih bahagia
Maafkanlah kanda...
Nukilan : Abi WanZ Akmal
Seikhlasnya ku nukilkan puisi ini untuk seseorang istimewa yang hadir dalam diriku saat aku sukar lagi untuk menerima cinta. Entah kenapa ku berani mencuba dan tak sangka responnya positif juga. Maka ku terus menerima. Orangnya sememangnya manja dan wajahnya sangat manis bila tersenyum dan yang menariknya senyumannya juga istimewa. Senyumannya itu lah juga yang buat ku rasa senang. Senyumannya juga mengusik hati. Tutur kata dan santun tingkahnya memang terjaga. Terasuh penuh dengan didikan keluarga yang baik2 belaka. Seorang yang mempunyai wawasan yang jauh dan memang teguh dengan apa yang dihajatinya.
Namun dalam setiap perhubungan walaupun cuba d jaga dengan sebaiknya tetap juga d uji dengan segala macam cara. Kadang ada rasa cemburu dan walaupun cuba buat macam tiada tapi di hati tetap menahan luka. Namun dirinya tetap menerima dan tetap bersahaja. Sebolehnya dia cuba buat aku rasa gembira dan sebolehnya dia tak nak aku berduka mahupun rasa bersalah. Biar semua pahit itu ditelan olehnya saja. Aku rasa sangat bersalah pada dirinya.
Andailah masanya telah tiba. Aku harap aku dapat membalas segala2nya agar lihat dirimu bahagia sebelum aku menutup mata. Maafkanlah diriku.
Subscribe to:
Comments (Atom)
