Thursday, May 24, 2012

Kembali Bertaut

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakah tu...

Selamat pagi semua...hahaha...dah lama rasanya aku tinggalkan dunia blog nie disebabkan kesibukan masaku di alam realiti. Sesungguhnya aku rindu saat aku menulis atau menukilkan sesuatu kerana apa yang ku tulis adalah berkenaan diriku dan orang sekelilingku. Keadaan realiti sesuatu yang terjadi di alam realiti. 

Hahaha...aku memilih tajuk kembali bertaut bukannya bermaksud aku dan pasanganku kembali bersama tapi adalah kerana aku dan blog atau penulisan kembali lagi untuk kesekian kalinya. Banyak juga cerita yang berlaku dalam tempoh masa 2 tahun aku meninggalkan dunia penulisanku. Tapi itu memang dah biasalah berlaku, kerana setiap langkah mahupun apa gerak yang dilakukan pasti terselit sebuah cerita. Tak kira sedih mahupun gembira...hahahaa

Sebagai pembukaan tirai penulisanku semula dalam blog ku ini telah aku lampirkan sebuah karya baru yang baru aku hasilkan semalam iaitu ANJE...sebuah puisi yang aku hasilkan khas untuk seseorang yang sangat istimewa...hahahaha...mungkin tak dapat cerita dalam ruangan tajuk ini. Lain kali lah kita bercerita tentang itu.

Sampai di sini saja untuk kali ni...insyaAllah...jika aku diberikan kemudahan, kesenangan dan kelapangan untuk berkarya atau menulis, aku pasti akan lakukan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog aku yang tak seberapa ini.

wassalam

No comments:

Post a Comment