Thursday, May 24, 2012

Sakit

Bismillahhirrahmannirrahim....

Assalammualaikum w.b.t....

Syukur ke hadrat Allah swt atas limpah dan kurniaNya, aku yang hina ini diberikan peluang kesihatan dari segi fizikal iaitu luaran. Memang kesihatan adalah satu aset atau harta yang sangat bernilai dalam kehidupan seorang manusia. Sesuatu yang sukar untuk ditukar ganti dan tiada kedai mahupun lelong online yang menjual kesihatan.

Aku baru balik dari melawat seorang sahabat yang mana sekarang ini di tahan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah bahagian Unit Rawatan Paliatif atas masalah kesihatan yang di hadapinya. Lebih sesuai ku panggil sahabat atau adik kerana umurnya baru sahaja mencecah 14 tahun semalam. Umur yang sangat muda jika dibandingkan dengan aku nie. Masalah kesihatan yang dihadapi oleh adik ini seperti yang dimaklumkan pada aku adalah BARAH OTAK. MasyaAllah, adik yang sekecil ini menerima ujian Allah yang amat berat. Sedangkan orang yang lebih dewasa darinya juga tidak mampu menerima penyakit sedemikian rupa. Mungkin aku juga tak sekuat adik itu jika penyakit itu menimpa diriku.

Jika dahulunya, orang ramai beranggapan yang cuma orang dewasa sahaja akan mendapat penyakit yang kronik seperti ini dan juga penyakit lain seperti Kencing Manis, Tinggi Darah, Sakit Jantung, Gout dan lain-lain lagi. Tapi pada masa sekarang, mungkin pendapat seperti itu tak boleh diterima lagi. Sekarang ini, tak kira tua atau muda semuanya senang mendapat penyakit jika tak pandai menjaga kesihatan.Yang teruknya ialah bila dah sekali mendapat ubat untuk penyakit-penyakit sebegitu dan seterusnya kita akan terus bergantung pada ubat-ubat tue seumur hidup. Bak kata orang yang lebih awal makan garam " Mencegah lebih baik dari Mengubati "...hehehe


Apa2pun di doakan semoga semua sahabat yang aku kenal dan mengenali diri ini agar diberikan kesihatan yang baik dan terpeliharan dari sebarang penyakit fizikal dan rohani...

wassalam...


No comments:

Post a Comment