Sunday, December 27, 2009

SAKIT...

Assalammualaikum w.b.t...

Wah dah lama tak 'update' blog ni...hehe...kali ni aku nak santai sikit berbicara dalam blog ku ni...hehehe...setelah sekian lama membisu dalam blog ni, aku mula rasa kosong ja...teda apa yang dapat ku isi dalam blog ku...Kebelakangan ni aku sibuk dengan urusan duniawiku dan pernah ku tertinggal mengerjakan urusan akhiratku yang mana ianya wajib bagiku...banyak yang beranggapan aku ni budak baik, taat pada agama, dan macam-macam yang positif...namun aku lebih kenal aku sapa...aku ni lemah, teruk, dan masih jahil...aku juga perlu bimbingan...

Kadang, bila aku sudah sibuk dengan urusan duniaku yang nikmatnya hanya sementara, aku mulai lupa pada kewajipanku untuk bekalan di akhirat...aku semakin asyik melayani nafsu duniaku yang menginginkan keseronokan sementara ini...biasalah...aku juga punya keinginan...aku mulai alpa, mulai melupakan urusanku dengan Allah, mencari kenikmatan dunia, dan menampakkan kebodohan sendiri kepada seluruh makhluk Allah...aku juga cepat panas baran dan ada sifat syak wasangka...tahun 2009 pun mau melabuhkan tirainya sudah...sama juga macam umurku dan usiaku yang mungkin akan berakhir juga tak lama lagi...bila aku mahu sedar??????!!!!!!.....

Akhir-akhir ini aku mulai di landa pelbagai penyakit...mula dari demam biasa, sakit perut, panas badan, kejang otot, muntah-muntah, cirit-birit dan pernah juga dikhuatiri menghidapi penyakit kolera(masih belum ada keputusan)...pasal apa aku sakit?...kenapa aku boleh sakit sedangkan aku makan makanan yang berkhasiat...minum minuman yang berkhasiat...tapi kenapa aku boleh jatuh sakit teruk?...dan keputusannya aku tetap sakit teruk juga...aku macam bayi yang perlu di jaga dan perlu di suap makanan...siapa yang menjaga aku?...ibu bapa aku juga...dah besar pun masih berharap pada ibu bapa lagi...nanti bila dorang teda, sapa lagi aku nak minta tolong...patutnya aku yang jaga dorang...tapi yang berlaku sebaliknya pula...

Tapi yang menjadi soalanku...mana kawan-kawanku, sahabat-sahabatku yang bersama gembira dalam melakukan hal duniawi?...kemana mereka pergi tatkala aku sakit?...takkan dorang lupa aku sudah?...erm...rupanya mereka ada waktu seronok sahaja...tapi hilang tanpa berita kala kita menderita...tiada yang ambil berat...tapi...kenapa aku patut tanya pasal mereka...aku patut tanya diriku sendiri...kenapa sakit tu pergi menyerang aku saja bukannya kawan-kawanku yang lain?...kenapa aku yang menjadi sasaran?...dan akhirnya soalan tu aku ajukan sendiri pada diriku...

Akhirnya...aku dapat jawapannya...Allah masih sayang pada aku...Allah masih inginkan aku jadi hamba-Nya...aku pernah lupa pada-Nya tapi Allah tak pernah lupa padaku...waktu gembira aku sering lupa pada Allah...tapi bila aku sakit, baru aku teringat Allah...tercari-cari Allah...memohon pada Allah...aku jadi tak malu...namun itu buat aku sedar...Allah berikan aku penyakit-penyakit begitu adalah untuk aku ingat pada-Nya kembali...mulanya memang aku rasa terbeban dengan penyakit ini namun akhirnya aku bersyukur juga kerana Allah masih sayang pada aku...

Awal Muharram pun baru ja lepas beberapa hari yang lalu...dan 2010 juga akan menjelma...aku berharap agar apa yang berlaku pada diriku dapat aku jadikan pengajaran dan iktibar semoga pada masa akan datang aku dapat mentadbir diriku dengan lebih baik lagi...

wassalam....

Friday, December 18, 2009

AWAL MUHARRAM

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah panjangkan umur kita semua untuk bertemu lagi dgn tahun baru dalam kalendar Islam dan sekali lagi Allah berikan aku ilham tuk menukilkan kata-kata dalam blogku ini. Lama dah berehat dari arena blog ini kerana semenjak dua menjak ni banyak benda nak di bereskan terlebih dahulu. Namun masalahnya aku tak dapat nak berkongsi cerita dengan kamu semua.

Apa pun kita telah masuk tahun baru dan selalunya orang akan bertanya apa azam baru kita dan adakah azam kita yang lepas dah tertunai semuanya. Hehehe. Tak lari semua tu. Tapi kita tetap dengan jawapan standard iaitu belum semua tercapai. Tapi kira baiklah kan walau belum semua tercapai tetap ada juga yang telah tercapai dan yang belum tercapai lagi tu boleh di bawa ke tahun seterusnya. Bukannya Allah tak nak bagi kita capai semuanya ataupun usaha kita kurang tapi Allah telah merancang sesuatu yang baik untuk kita dan hanya tinggal kita untuk cuba meneroka rancangan Allah bersama rancangan kita.

Bagi aku, azam aku banyak tapi matlamat aku satu. Di dunia ni ramai yang nak jadi kaya. Kaya dari segi harta, kaya kawan, kaya anak bagi mereka yang suka anak dan macam-macam kaya lagi. Tapi bila di lihat semua matlamatnya ialah BAHAGIA. Semua nak kehidupan yang bahagia, aman dan makmur. Ramai orang beranggapan banyak duit boleh buat kita bahagia, kaya kawan kerana punyai ramai kawan dapat membahagiakan kita. Manakala kaya anak dapat membuat kita tersenyum melihat telatah mereka dan bila mereka berjaya, mereka akan bahagiakan kita. Maknanya matlamatnya semua sama.

Setiap kali tahun baru, ramai yang ingin berubah untuk menjadi positif. Alhamdulillah dengan niat tu. Tapi dapat dilihat ada yang hangat-hangat tahi ayam atau omong kosong bagai tin kosong. Tapi tetap juga ada yang berusaha untuk ke arah itu. Penghijrahan berlaku. Perubahan dan transformasi berlaku. Hijrah ke arah kebaikan akan membawa manfaat namun hijrah yang terpesong membuat hati kita kosong.

Maka dalam kesempatan Muharram ini, aku ingin memohon maaf andai sebelum ini banyak dosa ku lakukan terhadap manusia yang kenal aku mahupun tak kenal aku. Aku juga mendoakan kalian agar mencapai azam yang ingin di capai. Akhir sekali SALAM AWAL MUHARRAM buat keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengenali diri saya.

Wassalam =)