Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum wbt...
Mengantuk namun tak dapat juga tido...apa boleh buat...maka menulis blog lah jawabnya...hahaha...dah lama dan berhabuk dah blog nie rasanya...hahaha...
Menulis akan hal mengikut topik yang asal...hahaha...rasa formal pula...hahaha
Waktu dulu aku pernah bercakap kepada seseorang yang sangat istimewa pada aku iaitu "Aku ingin bahagiakan dirimu dan ini bukan janji tapi ini kerana aku yakin dan pasti"...ayat ni ku ungkapkan dalam kereta sewaktu menghantar dia balik ke rumah...dan ketika itu suasana menjadi sunyi dan yang hanya dengar ialah bunyi hujan di luar ketika itu...huhu...
wah...jika di lihat ayat tersebut...satu ayat yang macam angkuh bila di baca atau di dengari pada halwa telinga siapa2 yang mendengarnya...hahaha...tapi inilah kebenarannya...
Ya jujur...aku memang amat yakin dan pasti dapat membahagiakn orang yang aku sayangi...kerana apa guna kita sayang dengan seseorang jika asyik buat dia menderita dan sedih...sudah tentu kita ingin dia bahagia di samping kita kan...bersama-sama dengan kita...maka tentu kita akan lebih berusaha untuk mencuba dan belajar membahagiakan dirinya...apabila diriku telah meletakkan keyakinan dan kepastian itu maka aku telah mempunyai satu matlamat iaitu mencuba dan berusaha membuat dirinya sebahagianya dengan segala kudrat yang ada...mungkin hingga diriku terkorban... ^___^
Tentu orang juga bertanya kenapa ia bukan JANJI?...ya...aku tak boleh berjanji...kerana aku takut aku melanggar janji dengan membuatnya sedih...aku takut setelah ketiadaan ku nanti aku akan membuat dia lebih sedih dan menderita...maafkan diriku...
Aku masih dalam proses memahami dan belajar untuk buat orang yang istimewa padaku bahagia...aku berharap aku berjaya dan dapat buat dia bahagia di samping ku...doa dari kalian amat lah membantu ku...semoga aku berjaya membuatkan dia bahagia di dunia dan akhirat...dan sekali lagi aku YAKIN dan PASTI buat dia BAHAGIA bersamaku di dunia dan akhirat...amin
p.s. Maafkan diriku jika dalam waktu diriku belajar memahami dirimu aku sering membuat dirimu sakit hati, marah dan sedih...tapi aku tak akan berhenti berusaha untuk membuat dirimu bahagia dan mengukir senyumanmu yang indah di wajahmu yang comel...Bucuk sayang Mucuk...