Tuesday, October 16, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran...

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbt...Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan pada diriku sehingga hari ini di mana genapnya umurku 28tahun...wah dah tua pula kan....Nikmat yang cukup indah aku dapat hingga sekarang ialah nikmat hidup sebagai seorang ISLAM...mudah-mudahan aku menjadi Muslim yang sejati...InsyaAllah tengah berusaha...

16 Oktober 1984 hingga 16 Oktober 2012 jumlahnya cukup banyak iaitu 28 Tahun...entah berapa lama lagi aku hidup...tapi Ajal, Jodoh, Kiamat, Qada dan Qadar itu adalah rahsia Allah swt...bila dah berumur begini tentulah ramai yang selalu bertanya bila aku nak KAHWIN?...hahahaha...siapa yang tak nak kahwin kan...sebolehnya aku nak juga kahwin bila dah mula masuk kerja kerajaan dulu...tapi kita merancang dan Allah juga punya perancangan untuk diriku dan rancangan Allah itu lebih baik...bila di fikirkan secara positif mungkin ADA LAGI YANG KURANG ATAU BELUM AKU LAKSANAKAN SEHINGGA MANA ALLAH MERASAKAN AKU BELUM LAYAK LAGI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA AMANAHNYA IAITU BAKAL ISTERIKU KELAK...jadi bila aku fikir begitu aku tak terbeban langsung malah aku berusaha untuk melengkapkan kekurangan itu atau cuma melaksakan apa yang belum aku laksanakan sehingga aku belum bertemu jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untukku...

Berbalik pada hari ulangtahun kelahiran ku...sebenarnya segala doa dan ucapan adalah untuk Ibu ku terutamanya yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan dalam rahimnya dan kemudiannya bertarung nyawa dengan melakukan pembedahan untuk melahirkan aku kedunia bagi melihat keindahan ciptaan Allah swt...kemudian ianya untuk ayahku yang telah menjaga dan mengatur serta memberi aku secukupnya sehingga aku dewasa kini...mungkin aku tak dapat nak membalas jasa keduanya...tapi ku tahu yang dapat aku lakukan ialah menjadi anak yang Soleh...biarlah orang kata aku anak emak atau bapa...tapi sebenarnya aku anak mereka berdua...bukan anak salah seorang dari mereka...

Maka dengan umurku yang meningkat tua nie apa yang aku harapkan ialah aku dapat terus berbakti kepada kedua orang tuaku dan dapat menjalankan tanggungjawabku terhadap Allah dan agama yang ku pegang iaitu ISLAM...

InsyaAllah...

Wassalam....

Monday, September 3, 2012

Bidikan dan Sasaran...

BIDIKAN DAN SASARAN

Di dalam kesunyian malam
Sayup terdengar bunyi langkahan
Hentaknya sangat perlahan
Bagai berhati-hati menyusun gerakan
Takut terpijak ranting di jalanan
Nanti menyedarkan lena Sang Rembulan
Nafas teratur penuh tumpuan
Senapang di hala ke arah sasaran
Agar tidak tersasar dari haluan
Lalu tembakan di lepaskan
Semoga sasaran terkena bidikan
Kini segalanya bergantung pada harapan

Membidik Rembulan di Langit Malam yang Luas Terbentang

Nukilan : Abi WanZ Akmal

Tuesday, August 14, 2012

SELAMAR HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua warga blog...ingat2 kat saya duit raya tue tau...hahaha...tahun nie wak berayo kat Kelantan...hehehe...

Thursday, August 2, 2012

Avatar Cuteki Yang Comel

Assalammualaikum w.b.t...

Hahahaha...kali nie aku share dengan korang semua gambar-gambar avatar cuteki yang comel nie...haha...boleh lah korang letak kat blog korang, facebook, wordpress or mana-mana lagi lah yang korang rasa perlu...nanti aku bagi link dia kat bawah yer...boleh lah korang semak2 or buat tour dalam tue...klu berminat boleh lah amik...hehehe...

so di bawah nie ada beberapa gambar yang aku dah buat lah...semua lelaki lah...tapi watak pompuan pun ada juga dalam tue...comel juga lah...hahaha...

   
Batman-The Dark Knight Rises

Ada seram tak muka tue...hahahaha....
Happy Feet

Hahaha...boleh lah watak penguin...hehe

Crocodile Hunter

Nie mungkin juga buaya tembaga nie atau Bujang senang...hahaha

ManBIRD
Tak boleh lah letak ladybird kan sbb muka jantan macho...hahaha....

Sebenarnya banyak lagi costume lain n korang pun boleh letak wajah korang sendiri kalau rasa sesuai...hahaha...aku tak nak lah letak muka aku sbb nanti tambah kawaii lagi...hahahaha...dan dalam tue seja boleh juga dapatkan clock n calendar untuk blog korang...apa2pun selamat mencuba...hahaha

wassalam....

ini laman webnya : www.cuteki.com


Friday, July 27, 2012

WanZ Chocolate...

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana hari ini dah masuk 7 Ramadhan...maknanya dah 7 hari umat Islam di Malaysia khususnya berpuasa...Semoga amalan kita d bulan Ramadhan ini akan terus bertambah dan terus bertambah...hehehe

Sempena dengan Ramadhan kali ini, aku telah amik kesempatan untuk melibatkan diri dalam bisnes pembuatan coklat buatan tangan sendiri...Bermula dengan hanya untuk suka2 dan menjadikan ia hadiah kepada seseorang yang istimewa...cerita mulanya aku berkecimpung dengan dunia pembuatan coklat ni ialah sempena hari lahir seseorang yang istimewa...nak di jadikan hadiah lah...hehe...so pada mulanya aku nak cari coklat untuk hari lahirnya...semua kedai coklat aku pigi tapi tetap tak puas hati...aku nak sesuatu yang lain dan istimewa...last2 aku fikir baik aku buat sendiri...then aku belajar dari youtube apa yang boleh...dan terhasil lah coklat pertama buatan ku sendiri...hahaha....di bawah nie adalah coklat buatan pertama ku...hehehe...dalam tue ada coklat chips...hehehe...


Kini aku bergerak sedikit dengan pembuatan coklat nie dan menjadikan ia satu cabang bisnes kepada aku...hahaha...manatau kan rezeki aku ada di sini..tapi pada awal ini aku mulakan secara kecil-kecilan atau cuma mengisi masa lapang jer...InsyaAllah bila dah cukup peralatan dan bahan semua mungkin aku akan mula serius...wallahualam...tapi selagi kita tak mencuba kita tak tahu mana tahap kita kan...hahaha...

Jadi, aku pun telah mengambil satu langkah dengan meletakkan satu tanda atau pengenalan diri pada coklat ku ini dengan memberi nama WanZ Chocolate...so aku cipta logo untuk promosi coklat nie seperti yang terpampang di bawah...hehehe


WanZ Chocolate...ya itu lah nama yang di beri...tapi apsal nama WanZ?...knp bukan Akmal or Adam?...sampai soalan nie pun aku d tanya..hahaha..WanZ nie lahir dari nama pena aku dulu s0meon3 iaitu SOMEONE atau dalam melayunya SESEORANG...bukan soMEON...hahaha...so aku amik pangkal belakang iaitu ONE yang bermaksud SATU...sbb aku anak sulung kan...dan aku ubah jadi WANZ sebabnya dari keturunan darahku juga...tapi itu nantilah aku cerita...yang penting kita cerita pasal COKLAT...hahaha...Fokus...Fokus...hahahaha....

Berbalik pada cerita coklat tadi...so bila dah ada logo n brand sendiri...cewah...maka senanglah orang nak kenal aku kan...so sempena Raya Aidilfitri yang nak menjelma nie aku telah buat satu Flyer atau senang aku cakap iklan untuk promosi coklat aku...Ini iklah pertama lah...hehehe


hahaha...masa buat flyer nie aku rasa aku betul2 dah serius dengan pembuatan coklat nie...hahaha...tapi insyaAllah...aku bermula perlahan-lahan...insyaAllah suatu hari nanti ia jadi sumber rezeki ku...hehehe...

So kepada sapa2 yang nak order coklat boleh lah terus berhubung dengan saya yer...boleh di tempah sempena hari lahir, pertunangan, perkahwinan atau konvokesyen...hahahaha...oklah...Selamat berpuasa...Salam Ramadhan...

wassalam

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana memberi peluang kepada diriku untuk bertemu dan beramal dengan Ramadhan pada tahun 2012 nie...Syukur tak terhingga kepada Allah swt...


Sebelum aku jauh bercerita...aku nak amik kesempatan ini mengucapkan Salam Ramadhan buat sahabat2 ku yang membaca blog ku ini...ucapan ikhlas dari Wak Jowo di atas...hahaha...ada iras2 ustaz Don atau UAI ker?...hahahaha...apa2pun semoga kita semua beramal dan merebut peluang yang tersedia dalam bulan Ramadhan ini...hehe

So hari ini dah masuk 2 Ramadhan...insyaAllah apa yang aku harapkan sempena Ramadhan kali ini akan tercapai dan apa yang aku lakukan di harap terus istiqamah dalam melakukannya...

Sekali lagi saya nak ucapkan...Salam Ramadhan buat semua sahabat2 yang membaca blog ini...

wassalam

Saturday, July 7, 2012

Bukan Niatku...Maafkan Aku...

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah aku menulis blog lagi setelah lama menyepi atas sebab kesibukan kerja...memang tak di nafikan yang aku selalu keluar dari sabah ke sana ke mari atas sebab keperluan kerja...dah tanggungjawab maka laksanakan lah sebaik mungkin...kali nie dalam blog ini aku ingin menceritakan tentang hal aku dan sahabat akrabku...maafkanlah sahabatmu ini dunia dan akhirat...

Sejak aku sibuk dengan kerja nie aku berasa juga cukup tenang kerana jauh dari sahabat akrabku tapi dalam masa yang sama aku rasa sunyi juga sebab setiap minggu aku pasti bersama sahabat akrabku ini akan meluangkan masa bersama untuk menonton wayang dan buat aktiviti2 lain...ya benar aku memang rasa sangat sunyi kerana dengan dia lah aku selalu bercerita dan keluar buat aktiviti bersama...hahaha...

Tapi untuk pengetahuan sahabatku, aku minta maaf...aku terpaksa mengelak dari bertemu dirimu kerana aku takut aku akan bercerita tentang sesuatu yang kau tak patut ketahui sepertimana ketika aku bertemu dengan kau tadi sewaktu di sebuah program...memang seronok bila dah bertemu dan bercerita dengan kau semula...dan aku juga dapat tau apa yang berlaku antara kau dan dia dan aku juga gembira akan khabar itu...tapi seperti yang aku cakap tadi...aku takut aku akan ceritakan sesuatu yang kau tak mungkin patut dengar kerana aku sebenarnya tak berani untuk menipu dan berahsia dengan diri kau...maka sebab itu lah sekali lagi aku nyatakan yang aku terpaksa mengelak dari bertemu dan juga menghubungi dirimu...maafkanlah aku sahabat...kebahagiaan itu milikmu bukannya milik diriku...tapi jujur aku tak sangka yang kamu ada keluar lagi untuk kesekian kalinya pi tengok wayang...hahaha...itu adalah suatu berita baik yang aku dengar dari dirimu selepas lama tak bertemu...hahahaha...do ur best my fren...hahaha

Maafkanlah aku juga kerana ketika aku di kk aku tidak mencari dirimu dan menghubungi dirimu...dan maafkanlah aku juga kerana aku tak ajak kau tengok wayang baru2 nie...hahaha...memang rasa lain tengok wayang sorang2 nie bila dah biasa tengok wayang dgn kau dan kawan2 lain...hahaha...feel nya lain...macam aku hidup dalam dunia ku sendiri sudah...tapi mungkin itu yang terbaik aku rasakan...

Pada sahabatku yang aku hormati...maafkanlah sahabatmu ini dunia dan akhirat...bukan niatku untuk menjarakkan diri dan menyepikan diri dari menghubungimu...tapi aku lakukan itu agar kau bahagia...orang dulu juga pernah cakap 'Biar hilang Kekasih, Jangan hilang Teman Sejati'...ya...itu telah aku lakukan..maka sebab itulah aku tinggalkan dirinya iaitu kekasih hatiku iaitu Anje...tapi bila aku dah buat begitu, aku rasa aku kena buat sesuatu lagi yang mungkin aku boleh katakan 'Biarlah berpisah dengan Teman Sejati, agar dirinya lebih bahagia dengan Cintanya'...

Teman, aku teringin juga kembali masa seperti dahulu di mana kita dan teman2 lain pi tengok wayang hingga larut malam, beraktiviti bersama, duduk lepak bersama, ketawa kuat2 dan berPengakap bersama...hahahaha...mungkin satu hari nanti...bila aku dah bersedia untuk mendiamkan diri dan melupakan segalanya...maka sebelum itu...Maafkanlah orang yang bodoh ini wahai sahabatku...

Thursday, June 21, 2012

Sya'aban dan Sahabat

Bismillahhirrahmannirrahim....

Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana aku sampai juga dalam bulan Sya'aban...so tak lama lagi Ramadhan bakal menjelang tiba...Itu yang aku tunggu2 sangat...ehehehe...Hari ini 1 Sya'aban...selalunya orang Muslim berebut nak berpuasa sunat pada tarikh ini..di doakan pada sahabat muslim ku yang menunaikan puasa sunat Sya'aban ini akan dimasukkan ke dalam Syurga Allah s.w.t.. =) 

Tahun nie aku ada sedikit kesedihan kerana tak dapat menunaikan puasa sunat dalam bulan Rejab dan Sya'aban seperti 2 tahun lalu...huhu...banyak tul kursus dan sukan untuk aku hadirkan diri...tak mengapalah...mungkin seminggu sebelum Ramadhan aku harap dapat melakukan puasa sunat...amin...

Kebelakangan ini aku banyak kehilangan sahabat...ntahlah...tak tau mengapa...tak salahkan mereka...diri aku yang bersalah dalam hal ini...mungkin semua di sebabkan aku...mereka semua baik belaka...mungkin kerana aku tak pandai menjaga sahabat kot..huhu...dan hari ini juga pada 1 Sya'aban...aku kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayang dan ambil berat akan dirinya...tapi apa boleh buat...dia yang minta agar aku tak cari dia lagi...

Aku nie bila dah bersahabat, aku tak pernah buang sahabat...mgkn aku cuma berdiam tapi tak buang sahabat...kerana bagiku sahabat adalah harta dalam hidup nie...tak guna harta banyak tapi hidup sendirian...tapi apabila dah ada orang yang minta untuk memutuskan persahabatan aku tak dapat buat apa melainkan membiarkannya saja...cuma aku akan balas yang mana aku akan berjanji takkan mengganggu hidupnya lagi melainkan Allah mempertemukan kita dengan Izin-Nya...

Cumanya aku memang betul 'down moral' bila kejadian sebegini berlaku...tapi apa2pun...semuanya ada hikmah...mungkin ini juga balasan ke atas diriku sendiri bila waktu dulu aku lupa pada suruhan Allah swt...Allah nak aku rasa bagaimana rasanya kehilangan sahabat yang sering bersama kita hilang satu persatu...memang rasa kosong....

Aku cuma berharap agar selepas ini aku takkan kehilangan sahabat lagi melainkan dia dipanggil bertemu dengan Allah swt....itu adalah kehilangan yang pasti dan kekal abadi...

wassalam...

Wednesday, June 20, 2012

Terima Kasih Pada Memori

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt yang aku masih lagi bernyawa dalam dunia ini walaupun sakit melanda...tapi sakit itu lah juga buat aku sedar yang aku masih bernyawa dan tubuh badan ku masih punya deria yang baik dan peka pada persekitaran...hehehe..

Kebelakangan ni aku sering terbang ke sana dan ke mari...semuanya atas urusan kerja dan bukannya nak berjoli...tapi dalam masa yang sama aku amik kesempatan bagi mengubat diriku...bukannya hati ku kerana hati ku bukan tempat ku tapi masih tempat dirinya...hehehe...11 Jun aku pi Kuching, Sarawak atas urusan keja...lepas nie balik KK kejap dan kemudian 23 Jun terbang ke Kuala Lumpur pula atas urusan keja dan Sukan Zon JPPH...tak lama lagi perasan lah aku nie sebagai Pramugara...hahahaha...

Tadi semasa aku tak tau nak buat apa dan bosan punya pasal, aku hamburkan beg galas aku...hahaha...pulp!...tiba-tiba pendrive aku jatuh pi lantai...apa lagi, aku buka lah terus pendrive tue nak tengok apa isinya...sekali tengok tak sangka pula ada gambar-gambar memori aku bersamanya...hahaha...tapi tak boleh lah aku 'upload' gambarnya kat sini...so aku upload jer barangan yang dia berikan pada aku sewaktu kami masih bersama dulu...hehehe...

LOVE SHAPE from RM1 note

Untuk pengetahuan semua, dalam dompet aku ada RM1 yang telah dilipat-lipat dan dibentuk seperti Hati(LOVE)...Love Shape lah orang putih cakap...hehehe...seperti dalam gambar di atas...hehehe...ada cerita sebenarnya tentang RM1 bentuk Hati nie...sebenarnya benda tue di buat oleh Ibunya untuk dia...hahaha...kemudian, RM1 bentuk Hati tue dia berikan pada aku...hahaha...maka sebab itu ia sangat istimewa pada aku kerana ianya adalah dari Ibunya dan dirinya juga...so kini RM1 bentuk Hati tue aku bawa ke mana saja dalam dompet ku...kiranya aku bawa hati dia ke mana saja aku pergi walaupun aku jauh dari dirinya...

Dibawa kemana sahaja...


I Love U...thanks...so Sweet... =)

Di atas pula adalah keychain I Love U Sabah...hehehehe...ini adalah pemberiannya yang sangat-sangat istimewa juga buat diriku...kerana aku tak sangka dia juga punya satu keychain seperti itu...dan yang aku paling tak sangka ialah dia belikan keychain nie semasa dekat Ranau sewaktu dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Sandakan...Keychain nie dia berikan selepas kami selesai joging dan tengok wayang...ada juga aku ceritakan dalam blogku sebelum nie...di mana pagi sebelum joging dia berikan aku bunga Ros Merah Jambu dan sebelum balik ke rumah dia berikan aku keychain ini...tak sangka terima dua hadiah dalam sehari...memang terharu sangat waktu itu...dan kini, keychain itu sentiasa aku bawa juga semasa memandu kereta dan sebab itulah aku letakkan ia bersama-sama kunci kereta ku...

3S yang masih bersama aku... =)

Jika di lihat pada gambar di atas...terdapat 3 barang...aku panggil ianya 3S...sebelum ini ianya 4S kerana ia yang selalu dekat dengan diri aku...tp sayangnya 1S tue dah menjauh dari diriku...huhu...3S itu adalah Saga(kunci keretaku), Scout dan Sabah yang merujuk pada keychain dan tempat lahirku...1S itu adalah dari namanya dan juga kampung halamannya...sebenarnya aku berharap 1S tue akan kembali pada diriku...tapi aku tak tau adakah ianya akan terjadi...sekadar berharap...

Tapi apa2pun aku seronok juga kerana aku masih punya memori tentang dirinya...dan di sebabkan aku 'upload' gambar nielah dia sms aku dulu...wah...rasanya dah lama kami tak berhubung...gembira juga dia sms...tapi sayangnya, aku ingatkan nak bertanya khabar atau tentang diriku...rupa2nya nak minta gambar keychain tue di buang...huhu...aku minta maaf sebab aku tak dapat buang gambar tue...minta maaf sangat2...tapi apa2pun..makaseh kerana sudi sms... =)

rasanya ini sahaja untuk kali ini...panjang dah aku mengarut...hahahaha...wassalam...

Wednesday, June 6, 2012

BLOG...BLOGGER....BLOGGING....

Assalammualaikum w.b.t...

Hari ini di ofis aku tak tau nak buat apa sebab kebanyakan keja dah siap...so aku pun terus membuka blog dan membaca entri-entri blog aku sebelum ini...dan dalam pada masa aku membaca blog orang lain...memang seronok membaca cerita dalam blog nie kerana apa yang di kongsi adalah sesuatu yang bermanfaat...buat apa buat blog....tentulah untuk di baca oleh orang...mungkin juga ada yang jadikan ianya sebagai diari...

Tapi ada yang saya lihat blog-blog ini ramai yang dah tak 'update' lagi...ada yang baru beberapa entri tapi lepas tue senyap tak berpenghuni...mungkin jugalah sibuk dengan kekangan masa...macam saya juga dulu...buat blog nie sekadar nak berkongsi cerita dengan sahabat handai dan mereka yang membaca...memang ada cerita peribadi juga di dalam tue...tapi tak mengapalah kalau dorang nak baca...yang penting orang tak tahu siapa...hahaha...kalau yang tau tu takperlah...apa nak buat...dah tau kan...hahaha...

So berbalik kepada blog tadi...pada awalnya saya melihat blog saudari Ain Suhaimi...menarik blognya nie...maksudku ceritanya lah...hehehe...memang update selalu...kalah2 aku...hahahaha...cuma berlatarbelakangkan warna putih sahaja...hahahaha....simple dan tak semak mata memandang...cerita memang masuk juga bab2 ati dan perasaan ini...hahahaha...

Kemudian aku melihat lagi blog2 yang lain yang aku kenal...selepas puas membaca dan menambah ilmu...aku mencari lah di google berkenaan jiwa2 nie..hahahaha...so aku taip di google 'Blog berkenaan couple or single"...cek punya cek..last2 aku terlihat sesuatu interesting...hehehe...memang berkaitan dengan tajuk yang aku nak cari lah..."COUPLE or SINGLE"...hahahaha...aku klik dan ternyata memang blog itulah yg d cari...Warna warni blog nie...tapi yang menariknya juga dia menggunakan warna purple n pink paling banyak...so aku bacalah entri berkenaan couple or single tue...memang menarik...dan menyentuh hati...siap ada gambar Say NO To Couple...memang kena batang hidung aku sendiri juga lah...aku pun sebenarnya malas dah nak couple...sebolehnya kahwin terus...tapi apakan daya...takder yang sudi...so berbalik pada blog tadi...yang sedihnya blog nie macam tak berpenghuni...senyap jer...entri terakhir ialah pada 10 Disember 2011...penulisnya ialah Fiqa Alisya...aku berharap lah orang nie akan menghidupkan kembali blognya...teruskan menulis kerana dari entri yang terakhir tue aku merasakan orang nie memang pandai menulis dan memang berbakat...

So aku teruskan lagi dengan blog2 yang lain...aku pun tak tau macam mana dorang boleh masukkan musik dan juga jam dinding tue di dalam blog...rupanya banyak lagi aku perlu belajar...hahahaha...apa2pun pada sahabat2 ku yang punya blog...teruskan membuat blog dan berkarya...dengan blog nie macam2 kita boleh buat...hehehehe...so keep it up guys...

p/s : sapa2 yang ada blog tue bagitau lah aku...leh juga aku nie buang masa dengan membaca blog orang daripada aku melepak tak tentu arah...hahahaha....

Monday, June 4, 2012

Kenangan

Kenangan

Masih ku ingat lagi
Di awal perkenalan
Masing-masing menyimpan perasaan
Tiada siapa berani memulakan
Seperti main tarik tali
Akhirnya selepas seminggu berdiam
Sama-sama meluahkan
Perasaan rindu dan sayang
Yang telah lama di pendam

Tika itu sangat bahagia
Rindu bagai tiada batasnya
Sebolehnya rasa dekat sahaja
Mula mengatur langkah seterusnya
Untuk mengajak keluar bersama
Seronoknya bukan kepalang
Walaupun keluar tanpa di ketahui orang
Menyorok dari panca indera orang yang dikenali
Namun ku tetap berpuas hati
Kerana dapat keluar dengan orang yang dikasihi

Namun kini cerita itu tiada lagi
Sekadar coretan kenangan di masa lalu
Sebuah lukisan yang takkan padam
Takkan luput dari dalam ingatan
Maafkan diriku yang tak bisa bertahan
Mungkin aku bukan calon pilihan
Biarlah ia berlalu menjadi kenangan
Hanya maaf ku mohonkan
Biarlah semua hanya kenangan...

Selamat tinggal Kasih
Selamat jalan Sayang
Semoga dirimu sentiasa bahagia wahai Anje...


Nukilan : Abi WanZ Akmal


Maafkanlah diriku yang selalu melukai hatimu...maafkanlah diriku yang selalu menyakitimu...maafkanlah dirku yang tak pernah berusaha memahami dirimu...dikau adalah anugerah terindah yang Allah berikan padaku seketika agar diri ini sedar akan khilafnya...kau membantuku memberikan ku sinar bahagia yang mana selama 3 tahun ku kehilangannya...kau jua berikanku rasa sesuatu yang berbeza dalam melayari hidup bercinta...Terima kasih Anje...kini tiada lagi aku dalam hidupmu...tiada lagi aku dalam ingatanmu....tiada lagi aku dalam duniamu...Selamat tinggal Anje...

p.s : Hadiah Tafsir Al-Quran yang ku berikan sebagai hadiah itu ku mohon agar di baca bukannya jadi perhiasan dan bukannya di simpan berdebu...semoga dapat membantu amalan dan mengurangkan salah dan kesalahan...Selamat Hari Lahir Anje...

Friday, June 1, 2012

Coklat dan Penantian...

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t....

Hari ni aku nak bercerita berkenaan tajuk di atas...hahahaha...memang pun setiap kali tulis sesuatu mesti berkenaan tajuk yang tercatat kan...hahahaha...

Alhamdulillah...hari ini aku terlah selesai menyiapkan coklat buatan tangan ku sendiri...atau dalam bahasa inggerisnya ialah Handmade Chocolate...hahahaha...ngam kah tue...antam sejalah...fuh!...my 1st experience...but im doing good with it...hahahaha...memang seronok lah buat kek buatan sendiri nie...mula2nya aku ingatkan susah...tapi rupa2nya senang jer...simple...tapi klu mo buat yang macam profesional tue memang kena amik masa yang lama lah untuk belajar...kena guna meja marble lagi...hahahaha...InsyaAllah nanti aku upload gambar2nya...hehehe...ada jugalah dalam kuantiti yang banyak aku buat...tapi abis oleh sepupu2ku yang kecik2...hahahaha....

Petang nie aku ke ofis...besa lah...malas nak amik cuti...lagipun sebenarnya aku ke ofis kerana ada sebab...sebabnya dekat dengan kk...dan sebabnya yang lain ialah aku tunggu si dia...hehehe...so aku pun buat keja seperti biasa dan menunggu sms darinya...hehehe...aku lihat jam dah pukul 4...still awal lagi dalam fikiran ku...so buat cam biasa jer...then aku tgk jam lagi...erm...dah jam 5 nie...still teda sms...heran lah juga...but positifkan diri dan teruskan keja macam biasa...hehehe...jam pun terus menunjukkan jam 6 but still teda lagi sms di terima dan akhirnya jam 7 malam pun masih tiada sms...satu penantian...yang mungkin nampak sekejap tapi agak lama juga kerana menunggu...last2 nampak dia on9 fb...tapi tak juga aku di tegur...menunggu aku tegur dulu...sekali tengok dia kata dia di rumah sudah...fuh!...terkejut lah juga...erm...bila dah tau macam tue, terus amik kunci kereta dan blah balik rumah...

Aku bukannya apa...tak kisah lah dia nak balik rumah naik bas kah, kawan hantar balik kah, bapa dia amik kah...tapi sebolehnya sms lah aku satu perkataan pun cukup lah dari membuat aku menanti dan terus menanti...huhu...aku tak marah kan dia...aku cuma sedih jer...sebenarnya aku berharap jugalah yang dia sms aku dan minta aku hantar dia balik rumah...kerana sebolehnya aku nak bagi dia rasa coklat yang aku buat untuk dia...tapi mungkin bukan rezeki...so aku buang jerlah coklat tue... 

Ntahlah...kadang apa yang kita rancang nie semuanya tak menjadi kenyataan...tak seperti yang kita inginkan...tambahan lagi kalau kita bukan dalam akal fikirannya mahupun di dalam hatinya...semoga Allah bukakan hatinya...amin...

wassalam

Thursday, May 31, 2012

Something in my Head

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

2 minggu nie kepala aku sangat2 berat dan macam2 ada dalam kepala saat ini...ketika menaip blog ini pun aku tetap memikir semua perkara tue...harap2 aku dapat buat lah sebelum aku ke KL lagi kali ni...huhuhu

Banyak jugalah dah setel cuma sekarang nie aku nak confirmkan ja balik semuanya...aku nak buat yang terbaik sebelum aku ke KL...

Semoga segalanya dalam keadaan baik..amin

Joging dan Bunga....

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...selasa lalu pada tanggal 29hb Mei lepas aku dapat melakukan joging lagi selepas 5 hari tak berjoging...huhu...3 minggu joging turun 3kg...tapi bila 5 hari tak joging, laju jer naik 3kg...hahahaha...sandi tul...

So kali ni aku joging kat Taman Tun Fuad di Bukit Padang KK...yang berbeza kali nie joging aku di temani seseorang yang istimewa...hahaha...masa amik dia kat rumah tue yang terkejutnya aku ialah dia naik seja ke kereta terus diserahkan padaku sekuntum bunga ros berwarna merah jambu...nah nah nah...1st time aku dapat bunga dari perempuan...hahahaha...dengan muka selamba tapi hati berbunga-bunga aku terima bunga tue...hahahaha...dan simpan di bahagian kerusi belakang...then we go to joging di Taman Tun Fuad...hahahaha...

sekadar gambar hiasan(psst...aku dapat sekuntum jer..hehe)

Cuaca pun ok that time...so we start jogging...dan yang lawaknya dia pakai selipar lak joging...hahaha...so aku berlari dan dia pula berjalan kaki...hahahaha...lawak-lawak...tiga pusingan jugalah kami joging dan berjalan...anggaran jarak ialah almost 6km...hehehehe...memang basah lencun baju...then finish joging around 9am kami pun tak tau nak buat apa...then we decided to watch movie...hahahaha...adakah movie awal pagi...sekali ingat punya ingat ada pula movie start awal jam 10am di Megalong Cineplex Penampang....hahahaha...so fikir punya fikir and we decided to go to watch movie...

So we go to Megalong di Penampang...tapi belum buka lagi sebab kami sampai dalam jam 930am...rupa2nya jam 10am baru buka...so stay lepak kedai mamak lu pekena Teh O Kosong dan Milo Ping...hahaha...then mama dia call suruh balik...alamak susah nie macam...dalam fikiran pula kalau kali ini tak jadi juga dah 4 kali kami plan tengok wayang tak jadi2...huhuhu...

First date kuar nak tengok wayang di 1B...tetiba lak time tue teda elektrik satu KK...so tak dapat nak tgk wayang...2nd time ialah sehari sebelum Mother's Day...hahahahaha....nak plan p tgk wayang..last2 tak jadi juga sebab yang penting ialah cari tudung untuk mamanya sempena hari ibu...hehehe...kali ketiga pun di 1B juga...hahahaha...kali ni yang best sikit...dah sampai awal dah di 1B dan dah dekat tempat beli tiket dah...then suddenly my friend call minta baca doa sempena pertunangan adiknya...huhu...orang dah minta untuk benda baik kan...takkan nak tolak pula...huhu...then dia pun kata takper...so terpaksa tinggalkan dia di Center Point sorang2 then aku pula pi tempat kawan aku tue...so plan nak tgk wayang lepas majlis tue tapi lambat pula majlis tue mula dan tamat pun lewat lah dekat jam 3...so dekat 3 jam pula dia di CP sorang2...huhu...kesian...so ingat nak tengok wayang petang tue juga tapi mamanya tak suruh lagipun wayang tue jam 440pm...so agak lewat dah lah utk tgk wayang...so lepak tempat lain...

Hahahaha...akhirnya yang ke4 ni kami dapat juga tengok wayang bersama...tapi ada juga halnya mula2...hahahaha...masa nak beli tiket tue...orang kaunter tiket tue cakap wayang tak akan di mainkan kalau tak cukup 4 orang sebab minima untuk tengok wayang ialah 4 orang...kalau kurang wayang terpaksa cancel...adeh...memikir juga mula2...so kami putuskan untuk datang balik ke kaunter 5 minit sebelum start...manatau dah ada orang beli...hehehe...kali kedua kami naik dan tanya tetap hanya kami dua yang nak tgk wayang tue...so kerana taknak plan tengok wayang kami batal untuk kali ke empat so kami beli ja tiket untuk 4 orang tgk...hahahahaha...dan akhirnya barulah kami dapat tengok wayang tue...hahahaha...adedeh...susah juga yer nak tengok wayang nie...hahahaha

Anyway...thanks to her mom benarkan dia jalan dan juga pada adiknya sebab minta beli KFC so kami ada peluang untuk berjalan dan masa untuk tengok wayang...hahahaha...sesuatu kenangan yang tak boleh di lupakan....hahahaha...and thanks to her too sebab sudi keluar joging dan tengok wayang with me...hehehehe...

Bila dah selesai wayang we go to beli bread untuk mamanya dan KFC untuk adiknya...hahahaha...bukan nak rasuah yer...tapi sebagai mengucapkan terima kasih dan penghargaan...hehehehe...so send her home and before she left the car dia bagi pula keychain...huhuhu...terharu pula...kiranya aku dapat 2 hadiah dalam satu hari...huhu...sangat2 dihargai...thank you so much...satu kenangan yang cukup manis buat diriku...thanks sekali lagi...

Friday, May 25, 2012

Kosongkan Fikiran

.........................................A...........................N.............................J.................................E...........................

Luahan

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat pagi..hehehe

Pagi2 lagi dah bercerita berkaitan luahan perasaan...hahahaha...Yer, kebelakangan ini aku rasa betul2 tak tau nak buat apa. Sering melayan perasaan seorang diri. Semuanya terbuku ja di hati. Sakit menahan sendiri. Tak tahu nak luahkan pada sesiapa kerana bila kita nak luahkan sesuatu ianya adalah sesuatu yang sangat rahsia dan sulit dan tentunya kita nak bercerita dengan orang yang kita betul2 percaya.

Memang sukar pada mulanya untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati kerana apa yang aku nak luahkan berkaitan dengan orang sekelilingku dan orang yang rapat denganku. Nasiblah semalam aku dapat juga menceritakan luahan itu kepada seseorang yang aku sangat percaya dan aku anggap sebagai seorang kakak. Memang dia terkejut pada mulanya atas apa yang aku ceritakan dan memang ia tak sangka kejadian itu berlaku. Selesai saja aku meluahkan segalanya aku berasa sedikit tenang. Memang lepas segalanya apa yang tersimpan dalam hati. Terima kasih aku ucapkan pada kakak kerana sudi mendengar luahan aku dan memberi sedikit nasihat padaku. Aku akan cuba melakukan apa yang di sarankan.

Baru aku tahu sekarang bahawa kita tak boleh nak simpan segala macam dalam diri sendiri takut akan merosakkan diri. Kita perlukan juga seorang kawan,teman atau sahabat untuk mendengar luahan perasaan kita. Barulah kita akan rasa sedikit tenang. Tapi carilah orang yang betul2 boleh mendengar luahan kita itu, menyimpan rahsia itu dan seterusnya pada masa yang sama dapat memberikan kita nasihat yang membina. InsyaAllah kita akan rasa sangat tenang.

Terima kasih

wassalam

Thursday, May 24, 2012

Sakit

Bismillahhirrahmannirrahim....

Assalammualaikum w.b.t....

Syukur ke hadrat Allah swt atas limpah dan kurniaNya, aku yang hina ini diberikan peluang kesihatan dari segi fizikal iaitu luaran. Memang kesihatan adalah satu aset atau harta yang sangat bernilai dalam kehidupan seorang manusia. Sesuatu yang sukar untuk ditukar ganti dan tiada kedai mahupun lelong online yang menjual kesihatan.

Aku baru balik dari melawat seorang sahabat yang mana sekarang ini di tahan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah bahagian Unit Rawatan Paliatif atas masalah kesihatan yang di hadapinya. Lebih sesuai ku panggil sahabat atau adik kerana umurnya baru sahaja mencecah 14 tahun semalam. Umur yang sangat muda jika dibandingkan dengan aku nie. Masalah kesihatan yang dihadapi oleh adik ini seperti yang dimaklumkan pada aku adalah BARAH OTAK. MasyaAllah, adik yang sekecil ini menerima ujian Allah yang amat berat. Sedangkan orang yang lebih dewasa darinya juga tidak mampu menerima penyakit sedemikian rupa. Mungkin aku juga tak sekuat adik itu jika penyakit itu menimpa diriku.

Jika dahulunya, orang ramai beranggapan yang cuma orang dewasa sahaja akan mendapat penyakit yang kronik seperti ini dan juga penyakit lain seperti Kencing Manis, Tinggi Darah, Sakit Jantung, Gout dan lain-lain lagi. Tapi pada masa sekarang, mungkin pendapat seperti itu tak boleh diterima lagi. Sekarang ini, tak kira tua atau muda semuanya senang mendapat penyakit jika tak pandai menjaga kesihatan.Yang teruknya ialah bila dah sekali mendapat ubat untuk penyakit-penyakit sebegitu dan seterusnya kita akan terus bergantung pada ubat-ubat tue seumur hidup. Bak kata orang yang lebih awal makan garam " Mencegah lebih baik dari Mengubati "...hehehe


Apa2pun di doakan semoga semua sahabat yang aku kenal dan mengenali diri ini agar diberikan kesihatan yang baik dan terpeliharan dari sebarang penyakit fizikal dan rohani...

wassalam...


Kembali Bertaut

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakah tu...

Selamat pagi semua...hahaha...dah lama rasanya aku tinggalkan dunia blog nie disebabkan kesibukan masaku di alam realiti. Sesungguhnya aku rindu saat aku menulis atau menukilkan sesuatu kerana apa yang ku tulis adalah berkenaan diriku dan orang sekelilingku. Keadaan realiti sesuatu yang terjadi di alam realiti. 

Hahaha...aku memilih tajuk kembali bertaut bukannya bermaksud aku dan pasanganku kembali bersama tapi adalah kerana aku dan blog atau penulisan kembali lagi untuk kesekian kalinya. Banyak juga cerita yang berlaku dalam tempoh masa 2 tahun aku meninggalkan dunia penulisanku. Tapi itu memang dah biasalah berlaku, kerana setiap langkah mahupun apa gerak yang dilakukan pasti terselit sebuah cerita. Tak kira sedih mahupun gembira...hahahaa

Sebagai pembukaan tirai penulisanku semula dalam blog ku ini telah aku lampirkan sebuah karya baru yang baru aku hasilkan semalam iaitu ANJE...sebuah puisi yang aku hasilkan khas untuk seseorang yang sangat istimewa...hahahaha...mungkin tak dapat cerita dalam ruangan tajuk ini. Lain kali lah kita bercerita tentang itu.

Sampai di sini saja untuk kali ni...insyaAllah...jika aku diberikan kemudahan, kesenangan dan kelapangan untuk berkarya atau menulis, aku pasti akan lakukan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog aku yang tak seberapa ini.

wassalam

A.N.J.E...


Anje...
Hadir namanya beserta doa
Bagaikan bidadari turun ke dunia
Mengubati hati yang pernah pasrah
Dan takut tuk menerima Cinta
Ku alunkan nama panggilannya
Panggilan yang sememangnya manja
Disebabkan oleh tingkahnya
Dan dari kecomelan paras wajah

Senyumannya mengusik hati
Indah walaupun tanpa nampak gigi
Sering membuatku jatuh hati
Boleh cair tanpa kawalan diri
Tersemat lekat di dalam sanubari
Buat pengubat rindu di hati

Santunnya indah memukau rasa
Tuturnya halus bijak bicara
Langkahnya terurus bertapak cita
Sering menjaga hati walau diri terluka
Pengorbanannya tak terkira
Kadang diri sendiri rasa sangat bersalah

Setiap hubungan pasti ada waktunya
Pasang surut silih berganti
Namun dirinya cekal berdiri
Menelan segala pahit yang menikam nurani
Menerima sakit yang datang bertubi-tubi
Tetap tabah dan mengukir senyuman yang tak nampak gigi
Indah walaupun saat dirinya bersedih...

Anje...
Maafkan kanda
Dirimu sangat mulia
Lebih berharga dari permata
Lebih indah dari mutiara
Kerana dirimu tiada galang gantinya
Ku berharap nanti suatu masa
Ku dapat membalasnya
Dan membuatkan dirimu lebih bahagia
Maafkanlah kanda...

Nukilan : Abi WanZ Akmal


Seikhlasnya ku nukilkan puisi ini untuk seseorang istimewa yang hadir dalam diriku saat aku sukar lagi untuk menerima cinta. Entah kenapa ku berani mencuba dan tak sangka responnya positif juga. Maka ku terus menerima. Orangnya sememangnya manja dan wajahnya sangat manis bila tersenyum dan yang menariknya senyumannya juga istimewa. Senyumannya itu lah juga yang buat ku rasa senang. Senyumannya juga mengusik hati. Tutur kata dan santun tingkahnya memang terjaga. Terasuh penuh dengan didikan keluarga yang baik2 belaka. Seorang yang mempunyai wawasan yang jauh dan memang teguh dengan apa yang dihajatinya. 

Namun dalam setiap perhubungan walaupun cuba d jaga dengan sebaiknya tetap juga d uji dengan segala macam cara. Kadang ada rasa cemburu dan walaupun cuba buat macam tiada tapi di hati tetap menahan luka. Namun dirinya tetap menerima dan tetap bersahaja. Sebolehnya dia cuba buat aku rasa gembira dan sebolehnya dia tak nak aku berduka mahupun rasa bersalah. Biar semua pahit itu ditelan olehnya saja. Aku rasa sangat bersalah pada dirinya.

Andailah masanya telah tiba. Aku harap aku dapat membalas segala2nya agar lihat dirimu bahagia sebelum aku menutup mata. Maafkanlah diriku.