Assalammualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana aku sampai juga dalam bulan Sya'aban...so tak lama lagi Ramadhan bakal menjelang tiba...Itu yang aku tunggu2 sangat...ehehehe...Hari ini 1 Sya'aban...selalunya orang Muslim berebut nak berpuasa sunat pada tarikh ini..di doakan pada sahabat muslim ku yang menunaikan puasa sunat Sya'aban ini akan dimasukkan ke dalam Syurga Allah s.w.t.. =)
Tahun nie aku ada sedikit kesedihan kerana tak dapat menunaikan puasa sunat dalam bulan Rejab dan Sya'aban seperti 2 tahun lalu...huhu...banyak tul kursus dan sukan untuk aku hadirkan diri...tak mengapalah...mungkin seminggu sebelum Ramadhan aku harap dapat melakukan puasa sunat...amin...
Kebelakangan ini aku banyak kehilangan sahabat...ntahlah...tak tau mengapa...tak salahkan mereka...diri aku yang bersalah dalam hal ini...mungkin semua di sebabkan aku...mereka semua baik belaka...mungkin kerana aku tak pandai menjaga sahabat kot..huhu...dan hari ini juga pada 1 Sya'aban...aku kehilangan seorang sahabat yang sangat aku sayang dan ambil berat akan dirinya...tapi apa boleh buat...dia yang minta agar aku tak cari dia lagi...
Aku nie bila dah bersahabat, aku tak pernah buang sahabat...mgkn aku cuma berdiam tapi tak buang sahabat...kerana bagiku sahabat adalah harta dalam hidup nie...tak guna harta banyak tapi hidup sendirian...tapi apabila dah ada orang yang minta untuk memutuskan persahabatan aku tak dapat buat apa melainkan membiarkannya saja...cuma aku akan balas yang mana aku akan berjanji takkan mengganggu hidupnya lagi melainkan Allah mempertemukan kita dengan Izin-Nya...
Cumanya aku memang betul 'down moral' bila kejadian sebegini berlaku...tapi apa2pun...semuanya ada hikmah...mungkin ini juga balasan ke atas diriku sendiri bila waktu dulu aku lupa pada suruhan Allah swt...Allah nak aku rasa bagaimana rasanya kehilangan sahabat yang sering bersama kita hilang satu persatu...memang rasa kosong....
Aku cuma berharap agar selepas ini aku takkan kehilangan sahabat lagi melainkan dia dipanggil bertemu dengan Allah swt....itu adalah kehilangan yang pasti dan kekal abadi...
wassalam...
No comments:
Post a Comment