Kenangan
Masih ku ingat lagi
Di awal perkenalan
Masing-masing menyimpan perasaan
Tiada siapa berani memulakan
Seperti main tarik tali
Akhirnya selepas seminggu berdiam
Sama-sama meluahkan
Perasaan rindu dan sayang
Yang telah lama di pendam
Tika itu sangat bahagia
Rindu bagai tiada batasnya
Sebolehnya rasa dekat sahaja
Mula mengatur langkah seterusnya
Untuk mengajak keluar bersama
Seronoknya bukan kepalang
Walaupun keluar tanpa di ketahui orang
Menyorok dari panca indera orang yang dikenali
Namun ku tetap berpuas hati
Kerana dapat keluar dengan orang yang dikasihi
Namun kini cerita itu tiada lagi
Sekadar coretan kenangan di masa lalu
Sebuah lukisan yang takkan padam
Takkan luput dari dalam ingatan
Maafkan diriku yang tak bisa bertahan
Mungkin aku bukan calon pilihan
Biarlah ia berlalu menjadi kenangan
Hanya maaf ku mohonkan
Biarlah semua hanya kenangan...
Selamat tinggal Kasih
Selamat jalan Sayang
Semoga dirimu sentiasa bahagia wahai Anje...
Nukilan : Abi WanZ Akmal
Maafkanlah diriku yang selalu melukai hatimu...maafkanlah diriku yang selalu menyakitimu...maafkanlah dirku yang tak pernah berusaha memahami dirimu...dikau adalah anugerah terindah yang Allah berikan padaku seketika agar diri ini sedar akan khilafnya...kau membantuku memberikan ku sinar bahagia yang mana selama 3 tahun ku kehilangannya...kau jua berikanku rasa sesuatu yang berbeza dalam melayari hidup bercinta...Terima kasih Anje...kini tiada lagi aku dalam hidupmu...tiada lagi aku dalam ingatanmu....tiada lagi aku dalam duniamu...Selamat tinggal Anje...
p.s : Hadiah Tafsir Al-Quran yang ku berikan sebagai hadiah itu ku mohon agar di baca bukannya jadi perhiasan dan bukannya di simpan berdebu...semoga dapat membantu amalan dan mengurangkan salah dan kesalahan...Selamat Hari Lahir Anje...
No comments:
Post a Comment