Wednesday, June 20, 2012

Terima Kasih Pada Memori

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt yang aku masih lagi bernyawa dalam dunia ini walaupun sakit melanda...tapi sakit itu lah juga buat aku sedar yang aku masih bernyawa dan tubuh badan ku masih punya deria yang baik dan peka pada persekitaran...hehehe..

Kebelakangan ni aku sering terbang ke sana dan ke mari...semuanya atas urusan kerja dan bukannya nak berjoli...tapi dalam masa yang sama aku amik kesempatan bagi mengubat diriku...bukannya hati ku kerana hati ku bukan tempat ku tapi masih tempat dirinya...hehehe...11 Jun aku pi Kuching, Sarawak atas urusan keja...lepas nie balik KK kejap dan kemudian 23 Jun terbang ke Kuala Lumpur pula atas urusan keja dan Sukan Zon JPPH...tak lama lagi perasan lah aku nie sebagai Pramugara...hahahaha...

Tadi semasa aku tak tau nak buat apa dan bosan punya pasal, aku hamburkan beg galas aku...hahaha...pulp!...tiba-tiba pendrive aku jatuh pi lantai...apa lagi, aku buka lah terus pendrive tue nak tengok apa isinya...sekali tengok tak sangka pula ada gambar-gambar memori aku bersamanya...hahaha...tapi tak boleh lah aku 'upload' gambarnya kat sini...so aku upload jer barangan yang dia berikan pada aku sewaktu kami masih bersama dulu...hehehe...

LOVE SHAPE from RM1 note

Untuk pengetahuan semua, dalam dompet aku ada RM1 yang telah dilipat-lipat dan dibentuk seperti Hati(LOVE)...Love Shape lah orang putih cakap...hehehe...seperti dalam gambar di atas...hehehe...ada cerita sebenarnya tentang RM1 bentuk Hati nie...sebenarnya benda tue di buat oleh Ibunya untuk dia...hahaha...kemudian, RM1 bentuk Hati tue dia berikan pada aku...hahaha...maka sebab itu ia sangat istimewa pada aku kerana ianya adalah dari Ibunya dan dirinya juga...so kini RM1 bentuk Hati tue aku bawa ke mana saja dalam dompet ku...kiranya aku bawa hati dia ke mana saja aku pergi walaupun aku jauh dari dirinya...

Dibawa kemana sahaja...


I Love U...thanks...so Sweet... =)

Di atas pula adalah keychain I Love U Sabah...hehehehe...ini adalah pemberiannya yang sangat-sangat istimewa juga buat diriku...kerana aku tak sangka dia juga punya satu keychain seperti itu...dan yang aku paling tak sangka ialah dia belikan keychain nie semasa dekat Ranau sewaktu dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Sandakan...Keychain nie dia berikan selepas kami selesai joging dan tengok wayang...ada juga aku ceritakan dalam blogku sebelum nie...di mana pagi sebelum joging dia berikan aku bunga Ros Merah Jambu dan sebelum balik ke rumah dia berikan aku keychain ini...tak sangka terima dua hadiah dalam sehari...memang terharu sangat waktu itu...dan kini, keychain itu sentiasa aku bawa juga semasa memandu kereta dan sebab itulah aku letakkan ia bersama-sama kunci kereta ku...

3S yang masih bersama aku... =)

Jika di lihat pada gambar di atas...terdapat 3 barang...aku panggil ianya 3S...sebelum ini ianya 4S kerana ia yang selalu dekat dengan diri aku...tp sayangnya 1S tue dah menjauh dari diriku...huhu...3S itu adalah Saga(kunci keretaku), Scout dan Sabah yang merujuk pada keychain dan tempat lahirku...1S itu adalah dari namanya dan juga kampung halamannya...sebenarnya aku berharap 1S tue akan kembali pada diriku...tapi aku tak tau adakah ianya akan terjadi...sekadar berharap...

Tapi apa2pun aku seronok juga kerana aku masih punya memori tentang dirinya...dan di sebabkan aku 'upload' gambar nielah dia sms aku dulu...wah...rasanya dah lama kami tak berhubung...gembira juga dia sms...tapi sayangnya, aku ingatkan nak bertanya khabar atau tentang diriku...rupa2nya nak minta gambar keychain tue di buang...huhu...aku minta maaf sebab aku tak dapat buang gambar tue...minta maaf sangat2...tapi apa2pun..makaseh kerana sudi sms... =)

rasanya ini sahaja untuk kali ini...panjang dah aku mengarut...hahahaha...wassalam...

No comments:

Post a Comment