Sunday, October 3, 2010

Oktober...

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Oktober tiba lagi...Yeehaaa....hahaha..Sukanya aku bila masuk bulan Oktober...Tapi kenapa yer?...hahaha...tentulah bulan Oktober ni banyak benda menarik kan...tapi bagi orang yang menduduki peperiksaan PMR, SPM n STPM lain pula perasaan mereka...Sebab bila masuk ja bulan Oktober, semuanya kecut...Peperiksaan dah dekat, maklumlah...hahaha...Tragedi Oktober kata mereka macam lagu Awie...hehehe...

Dalam bulan Oktober ni banyak benda menarik yang berlaku tapi semestinya ialah hari kelahiran aku pada tanggal 16 haribulan...Jika di hitung dari tarikh hari ini ada lebih kurang 13 hari lagi...Wah, umur makin meningkat kubur pun dah tambah dekat...hahahaha...cerita 'happy2' tiba-tiba cakap pasal mati...hahaha...gerun?....apa nak gerun...Yang hidup pasti kan mati...betul tak?...

Dalam bulan Oktober ni bukan sahaja hari lahir aku tapi juga hari ibu aku melahirkan anaknya yang pertama iaitu aku...sapa lagi...aku lah anak sulung dari 3 beradik...kecik ja keluarga kami ni tapi semua badan besar-besar...hahaha...besar pun tetap hensem...cewah...masuk bakul angkat sendiri nie...hahaha...Dalam ruangan ini aku nak ucap terima kasih kepada Ummiku kerana melahirkan aku dan menjaga aku hingga aku besar dan berakal...hanya Allah yang dapat membalas segala pengorbananmu...anakmu ini hanya dapat membalasnya di dunia sahaja...insyaAllah...

Bagi kakitangan awam kerajaan pula...halnya lain...aku ni pun kira salah seorang kakitangan awam kerajaan lah...bila tiba ja bulan Oktober, semua pasti senyum kalau tak pun berdebar-debar menunggu Pembentangan Bajet Tahun Depan...hahaha...Harap-harap ada BONUS lah kan...hahaha...beginilah tiap-tiap tahun...dah 5 tahun aku kerja memang inilah yang aku nampak berlaku...bukan sahaja di jabatan aku malah tempat-tempat lain juga...

Akhir sekali dalam bulan Oktober ni..bagi seorang Pengakap...ada satu minggu khas iaitu minggu kedua setiap bulan Oktober akan diadakan JOTA-JOTI (Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet)...wah....dan yang menariknya tahun nie...program tue di jalankan tepat-tepat pada hari lahirku...hahahaha...mengharapkan ada sambutan lah di buat sempena hari lahir ku itu...hahaha...

Itu sahajalah untuk kali ini...semoga Oktober tahun ini berjalan dengan lancar...

sekian...wassalam....

Friday, September 24, 2010

Silent Day...

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Jumaat datang lagi...selalunya hari Jumaat lah di tunggu-tunggu bagi semua orang yang bekerja dan belajar kerana esoknya adalah hari sabtu yg mana hari untuk kita berehat...tapi bila hari isnin jer tiba...ramai yang mengeluh dan ada yang pandai datang sakitnya kerana mula sudah bekerja...itu yang hari isnin terdapat banyak istilah...tapi sebelum dapat kerja dulu bila kena temuduga, ramai yang kata sanggup bekerja 24/7...Fuh semangat gila, sampai penemuduga rasa bangga dengan kita...hahaha...tapi bila dah dapat kerja, mula-mulanya baik saja then lepas beberapa bulan mula sudah mengeluh dan asyik nak minta cuti ja...bila cuti dah nak abis pandailah pula minta MC(medical Certificate)...hahahaAda-ada saja...

Hari ni di pejabat rasa sunyi sikit...Kerja yang berlambak Alhamdulillah dah disiapkan...Buka komputer dan rasa nak main "chess online" kat www.chesscube.com ...tapi internet pula buat masalah...Internet Explorer tak dapat buka..Mozilla pula meragam...Talian Internet pula lembap...Nie nasiblah nie dapat juga tulis blog...Nie pun sebab dah tak tau apa nak buat...dah mundar mandir satu ofis nie...kawan semua pun dah abis di kunjungi...itu pun tak ramai sebab kebanyakan pegawai pergi mesyuarat dan lawat periksa, kawan seangkatan pula banyak yang keluar almaklumlah hari jumaat...sekarang ni barulah dapat duduk diam dan terfikir nak 'update blog' ni...hehehe...terisi juga blog nie...
Namun, walau bagaimanapun keadaan, keberadaan di ofis perlu diutamakan...cuba lagi menikmati hari jumaat ini walaupun sunyi...sebelum diakhiri cerita, saya ingin mengucapkan selamat bercuti pada semua yang akan bercuti pada hari esok iaitu hari Sabtu...
sekian...wassalam...

Tuesday, September 21, 2010

Maut, Mati dan Ajal...

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum w.b.t...
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan oangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" Surah Al-Imran Ayat 185...
Pertama nak di ucapkan takziah kepada rakan sepejabat dan keluarganya atas pemergian ayahandanya ke Rahmatullah. Di doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...
Berdasarkan ayat di atas itu, jelas dan nyatalah bahawa kita semua ini akan menemui ajal atau pun mati. Tidak ada serorang pun yang bernyawa di dunia ini yang akan hidup selamanya. Hanya Allah yang kekal abadi. Apakah kita masih belum sedar bahawa kematian tengah menanti-nanti kehadiran kita. Rumah kata pergi kubur kata mari. Harta dan pangkat yang ada tidak akan menyelamatkan kita dari ajal yang pasti untuk kita. Kalau harta yang banyak boleh di gunakan untuk membeli nyawa agar hayat lebih panjang tentu orang akan berlumba-lumba ingin beli kan sebab semuanya takut meninggalkan kemewahan dunia. Mungkin juga alasan yang kita akan dengar ialah 'Amalan aku masih belum cukup lagi tu sebab aku mohon umur panjang agar dapat lagi aku kumpulkan amalan aku"...mgkn juga "Aku belum puas lagi hidup ni sebab aku lum lagi kahwin"...Hahaha...bukan selalu kah kita dengar ayat sebegini?...Dah tau amalan belum cukup tapi masih juga tak sedar-sedar nak beramal...masih juga membuat maksiat dan benda yang di larang oleh Allah s.w.t...Maka fikirlah sebaiknya sebelum terlambat...Di tambah lagi dengan ayat 57 Surah Al-Ankabuut seperti di bawah...
" Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)"
Fuh!...Lagi ditekankan di sana. Tiada siapa dapat lari dari menemui ajal ataupun mati. Setiap yang hidup pasti mati. Jangan lah cuba-cuba kata hidup ni boleh kekal abadi kerana Allah sudah jelaskan pada kita bahawa kita semua ni memang akan mati dan akhirnya nanti akan ditentukan balasan untuk kita atas apa yang telah kita lakukan di muka bumi ketika hayat kita.
Dari dulu kita pernah bertanya pada diri kita kenapa kita tidak tahu bila kita akan mati?...Kenapa nak dirahsiakan tarikh kita mati?...Bukankah lebih baik kita tau bila kita mati supaya kita dapat buat persediaan dari segi amalan,kain kapan,kapur barus, dan tanah perkuburan boleh 'booking' awal-awal...Kan bagus begitu...Tapi Allah lebih tahu akan hal ini. Kita pun boleh fikir sendiri kenapa semua itu dirahsiakan Allah. Andai lah kita tahu bila kita mati tentu dekat-dekat nak mati baru kita mula nak jadi baik, mula nak beribadah dan mulalah tunjuk alim. Hahaha...betul tak?..Tapi kalau kita tidak tahu dan sebagai orang yang beriman tentu kita akan merasakan nyawa kita cuma sesaat ja lagi. Oleh itu tentu kita akan beribadah setiap masa dan mengharapkan balasan yang baik untuk diri kita. Katakanlaah seperti ayat 162 di dalam Surah Al-An'aam...
" Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
Biarlah apa kebaikan yang kita lakukan di dunia yang sementara ini adalah untuk Allah dan ikhlas keranaNya. Pada siapa lagi kita akan kembali, hanya padaNya kita akan bertemu di hari pembalasan kelak. Janganlah kita mati dalam keadaan kafir dan kufur. Semoga kita dimatikan dalam Islam seperti dalam Surah Al-Imran ayat 102...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"
Semoga kita semua ditempatkan di dalam syurga yang abadi dan dekat di sisi Allah bersama insan-insan yang terpilih.
Dalam ruangan ini juga, saya memohon agar sama-sama kita mendoakan umat islam yang telah pergi agar roh mereka di cucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga Allah mematikan kita dalam keadaan beriman...Amin...
Wassalam......

Saturday, September 18, 2010

Sedikit Cerita...

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Hari ini aku baca blog seorang teman. Seronok membaca isi dalam blognya. Rajin betul dia menulis blog tentang dirinya. Setiap apa yang berlaku padanya pasti akan ditulisnya olehnya dalam blognya dan yang membuatkan ia menarik ialah blognya penuh dengan kejujuran. Hairan?... Tak jugalah hairan tapi apa yang diluahkannya tu boleh membuatkan orang berfikir dan kerajinannya menulis blog tu menunjukkan kesungguhannya...

Tapi aku bukan jenis macam tu. Aku menulis bila aku suka. Aku menulis kerana adanya cerita yang patut di ceritakan. Aku menulis kerana adanya kemahuanku dan aku menulis kerana aku perlu tulis hal itu. hehe. Aku lebih suka kumpulkan cerita dan kemudian baru akan ku masukkan ke dalam blog ku ini. Mungkin boleh di katakan blog ku ini tak "UPDATED" lah sebab menceritakan kisah yang telah berlalu. Namun bagi aku, semua cerita adalah baru bila kita ceritakan kembali. Maknanya tiada masalah lah kalau aku tulis cepat atau lambat pun...hehehe...

Pada sahabat, teman dan saudaraku yang mempunyai blog. Teruskanlah menulis. Aku pasti tulisan kamu akan di baca satu hari nanti dan dapat membuka mata serta hati siapa-siapa sahaja yang membacanya.

wassalam...

p/s : masih lagi raya bah kan... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tuesday, August 24, 2010

Melahirkan Generasi Quran

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

"Wahai Orang-orang Yang Beriman! Diwajibkan Ke Atas Kamu Berpuasa Sebagaimana Diwajibkan Ke Atas Orang Sebelum Kamu Agar Kamu Bertaqwa" - Surah Al-Baqarah Ayat 183...

Cantik ayat tersebut kan...Dimulakan dengan menyeru orang-orang yang beriman yang bersaksikan Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak di peranakkan dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w iu pesuruh Allah s.w.t...Siapalah orang yang beriman tue? Tentulah kita yang mengaku diri ini ISLAM dan mengucap dua kalimah syahadah ini. Maka bila kita sudah mengaku beriman oleh itu wajiblah kita berpuasa seperti orang-orang yang terdahulu. Jika pada zaman kita, bolehlah dibandingkan dengan zaman Rasulullah dan zaman para Sahabat tabii dan tabiin...

Kini telah tiba bulan Ramadhan yang mana pada bulan itu diwajibkan kita berpuasa. Betapa seronoknya bila tiba bulan Ramadhan, banyak amal ibadah yang dilakukan dilipat gandakan ganjaran. Fuh!...Inilah saat orang-orang yang beriman berlumba-lumba untuk mendapat segala rahmat dan barakah di dalam bulan Ramadhan.

Pada tahun ini sekali lagi aku mengikuti program Ihya Ramadhan anjuran ABIM Negeri Sabah. Pada tahun ini objektif utama tetap sama melahirkan insan yang bertaqwa berasaskan dari ayat 183 Surah Al-Baqarah. Tahun ini juga ABIM telah meletakkan satu lagi objektif yang amat penting iaitu Melahirkan Gen-Q(Generasi Quran). Fuh!...Memang hebat objektif tue dan memang berat tanggungjawab para fasilitator ABIM tahun ini. Tapi atas niat kerana Allah dan rasa tanggungjawab terhadap agama dan Ummah,p ara fasi amat bersemangat bagi memulakan tugas sebagai seorang dai'e.

"(Masa diwajibkan berpuasa ialah) Bulan Ramadhan Yang Didalamnya Diturunkan Al-Quran, Sebagai Petunjuk Bagi Manusia Dan Penjelasan Bagi Petunjuk Itu Yang Membezakan Yang Hak Dengan Yang Batil" Surah Al-Baqarah Ayat 185

Berdasarkan pada petikan ayat di atas dalam surah Al-Baqarah tersebut, jelas dan nyata Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjelaskan lagi petunjuk tue bagi membezakan yang benar dan yang salah. Subhanallah, inilah hadiah yang paling tinggi Allah berikan kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w...Tapi sayangnya sekarang hadiah yang Allah beri ini hanya menjadi perhiasan di rumah-rumah tanpa di baca dan di dekati. Sedih dan sangat sedih. Kini dengan program ini diharap para fasi dapat membawa objektif ini dan mengajak masyarakat terutama remaja dan belia mendekati al-quran dan sekaligus membaca dan memahami isi kandungannya. Semoga Allah sentiasa membantu dalam perjalanan dakwah ini dan semoga semua di beri rahmat oleh Allah s.w.t...

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin. Wassalam...

Tuesday, August 10, 2010

-- RINDU --

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Assalammualaikum w.b.t...

~~ RINDU ~~

Rindu...
Gemersik Alunan Syahdu
Simfoni Lagu Merdu
Seolah Dinyanyikan Buluh Perindu
Manisnya Bak Madu
Namun Kadang Sepahit Hempedu
Esak Tangis Tersedu-sedu
Tawa Pun Kadang Terkedu
Semuanya Bagai Membaling Dadu
Pada Siapa Harus Ku Mengadu?
Sakit Memikir Baik Beradu
Selesa Diselimuti Kain Baldu
Namun Aku Masih Rindu

Nukilan : Akmal @ WanZ


* Fuh, tajuk je pun nampak jiwang orang kata...hahaha...tapi takkan kita nak mengelak. Setiap dari kita pasti pernah merindui seseorang atau sesuatu. Kadang kita merindui orang yang belum kita pernah jumpa dan tak pernah kita cinta. Betul kan?...Hehe...Rindu adalah satu perasaan yang kadang buat kita terbuai-buai dengan keseronokan dan senyum kambing...hahaha...tapi kadang rindu juga buat kita terseksa. Terseksa dari segi batiniah dan lahiriah. Lagi satu, tentu kita pernah terfikir, bila kita merindui seseorang adakah dia merindui kita?...hahaha...sapa dapat jawab?...Semua jawapan ni masih tak pasti namun yang pastinya rindu itu memang ada dalam diri kita semua. Rindulah pada diri kita kerana kita pasti meninggalkan yang lepas. Rindulah juga pada Allah yang mana pasti kita akan bertemu denganNya suatu hari nanti...sekian...

Wassalam..

RAMADHAN

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

Assalammualaikum w.b.t...

Hari ini tanggal 10hb Ogos 2010 merupakan Sya'aban yang terakhir untuk tahun ini dan esok adalah hari yang sangat ku nanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan kemaafan. Ya Allah, sesungguhnya aku mengharapkan aku akan bertemu dengan RamadhanMu yang mulia. Semoga Ramadhan kali ini membentuk aku menjadi insan yang syumul dan lebih baik dari sebelum-sebelumnya...

Selalunya dalam bulan Ramadhan ni, setiap tahun aku akan mengikuti aktiviti ABIM iaitu Ihya' Ramadhan. Setiap minggu akan masuk kampung atau sekolah bagi menjadi Dai'e menyampaikan kemuliaan ISLAM dan Ramadhan itu sendiri. Semoga tahun ini aku dapat beramal juga kerana aku rasakan itu lah waktu yang aku benar-benar menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan pada ketika itu juga aku dapat menyampaikan risalah Islam. Semoga aku diberikan lagi peluang dalam program tersebut.

Harapanku pada Ramadhan kali ini ialah agar ia membentuk aku dan mengajar aku erti hidup seorang Muslim. Kita sendiri dapat menilai tahap kita. Aku tak nak menjadi Islam pada nama, aku juga tak nak menjadi Islam keturunan. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menjadi seorang Muslim yang sejati. Bantulah aku dalam menjalani hidup seorang manusia yang bergelar Muslim. Amin.

Sekiranya esok Ramadhan maka hari ini berakhirlah puasa sunat Sya'aban ku selama sebulan. Ya aku dah puasa 2 bulan berturut dari Rejab hinggalah Sya'aban dan semoga Ramadhan ini dapat ku tempuhi dengan penuh bermakna lagi.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Ku merinduimu setiap saat dalam hidupku... =)

Wassalam...

Thursday, August 5, 2010

- S.E.P.I -

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM....
Assalammualaikum w.b.t...
~ SEPI ~
Sepi...
Menongkat Dagu Menekan Pipi
Bersama Secawan Kopi
Buku Berada Di Sipi
Tiada Terganggu Tersusun Rapi...
Memikirkan Masalah Yang Dihadapi
Menghilangkan Dengan Kejayaan Yang Dikecapi...
Waktu Itu Muda Berapi
Gagah Mengalahkan Seekor Sapi
Namun Kini Semua Ditolak Ke Tepi
Kenangan Kini Tinggal Mimpi
Kini Aku Sepi...
Nukilan : Akmal @ WanZ
*Pernah tak kita merasa sepi dalam hidup kita. Kalau ingat-ingat balik memang pernah ada kan. Jangan disangka orang yang hidupnya gembira selalunya gembira dan bahagia. Namun mereka juga kadang merasa sepi pada satu ketika. Sepi adalah satu perasaan yang lebih dalam dari sunyi. Sepi adalah saat di mana ketika itu kita memerlukan teman berada disisi. Susah juga hidup tanpa teman atau kawan ni. Semoga selepas ini kita tidak kesepian lagi. =)
Wassalam...

Monday, August 2, 2010

P.U.J.A.N.G.G.A.

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t...

Silalah membaca karyaku yang bertajuk PUJANGGA...

Pujangga...
Bukannya Rangga
Otak Tidaklah Geliga
Tapi, Boleh Pakai Juga
Jangan Panik Jangan CUriga
Ayat Kena Jaga-Jaga
Asal Tak Buat Orang Berlaga
Biar Isi Sekecil Biji Saga
Boleh Dimuatkan Di Dlaam Raga
Namun Kesannya Bak Projek MEGA
Semoga.....
Nukilan : Akmal @ WanZ
*Karya ini ku hasilkan adalah pada saat aku ingin kembali berkarya dan berpuisi seperti dulu. Dulu ilham mencurah namun kini macam lumpuh otak nak berfikir. Namun Alhamdulillah, Allah masih memberi hambaNya ini ilham untuk menyampaikan sesuatu melalui bait-bait kata yang disusun kemas bererti. Semoga aku akan terus berkarya.

Monday, July 19, 2010

Titipan Diri

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum w.b.t....

Kesian Blog ku ni. Bila ku lihat kembali blog ku ni pada hari ini, kali terakhir aku memuatkan cerita pada tahun 2010 ini adalah pada 1 Januari 2010 yang lalu. Rasanya dah masuk 7 bulan aku tidak mengemaskini blog ku. Bukan apa, cuma tidak ada cerita atau kisah yang nak di muatkan dalam blog ku ini. Jika hanya bercerita tentang diri sendiri sahaja umpama membuka pekung di dada. Sikit-sikit boleh lah kan. hahahaha

Kebelakangan ini aku sibuk dengan urusan Pengakap dan Kerja. Memang tiada sebab lain lah. Memang itu sahaja yang membuatkan aku sibuk dan lupa akan masalah-masalah yang menimpa. Manusia, tidak lari dari masalah. Mengelak macam mana pun masalah akan hadir disebabkan orang lain ataupun diri. Tapi tidak ada masalah yang tidak mempunyai penyelesaian kan dan Allah juga berfirman yang Dia tidak akan menguji umatNya melebihi kemampuan umatNya itu. Tapi aku bersyukur juga dengan ujianNya itu kerana disebaliknya terselit seribu keberkatan dan kebaikan kepada diriku.

Baru-baru ini aku berada di INSPEN,Bangi bagi menghadiri Kursus Bina Semangat sempena Pesta Sukan Kementerian Kewangan ke-36. Aku dipilih untuk mewakili acara Catur. Nampaknya bukan makananku lah kali ini kerana aku tewas 7 berbalas 0. Namun aku tetap berpuas hati kerana lawanku semua adalah pemain Malaysia yang antaranya mempunyai gelaran "International Master" dan aku memberikan saingan yang sengit juga. Tapi tidak apa, kekalahan bukan bermakna aku gagal selamanya tapi memberikan motivasi padaku untuk maju lagi dalam bidang catur. Aku meminati permainan catur ini sejak kecil lagi. Dulu ada lawan yang sudi bermain dengan ku namun sekarang ni langsung tiada. Aku harap adalah lawan yang boleh di bawa main bersama. haha

Mungkin ini sahajalah untuk kali ini. InsyaAllah jika ada apa-apa lagi akan aku titipkan lagi dalam blog ku ini.

Wassalam...

Friday, January 1, 2010

AZAM & TAHUN BARU

Assalammualaikum w.b.t...

Yeah!!!!...HAPPY NEW YEAR!!!!.......wah gembira bukan main bila tiba tahun baru...ramai yang merancang nak keluar dengan kawan2,keluarga,kekasih dan ada juga yang keluar sendiri pada ambang tahun baru ni...lokasi pilihan ialah pantai2,taman2,pusat beli belah dan juga tempat minum2...kalau di pantai, ada yang sampai berkelah lagi...hahaha...jalan jadi sesak sebab ramai yang bertumpu pada satu tempat saja...selalunya waktu2 begini ni ramai yang mau mandi laut untuk 'buang sial'...tapi aku rasa dorang ni bukan buang tapi mencari sial...bukannya apa...adalah tragedi yang berlaku seperti lemas, gaduh dan vandalisme...yang dapat untung pula ialah pengusaha2 gerai2 makan dan minum...untung berlipat kali ganda...dan juga pengusaha gerai2 cenderamata...ini baru di katakan pandai...awal tahun baru dah dapat untung yang sangat lumayan...hahahaha...lagi satu yang aku heran sekarang ni...bunga api selalunya dinyalakan tepat jam 12 tgh malam...tapi jam 9 malam pun dah ada yang meletup...kemudian di ikuti jam 10 malam, jam 11 malam...dan jam 12 malam tinggal sisa2 bunga api saja lagi...hahahaha...

Setiap kali tiba tahun baru...orang akan tanya apa AZAM baru untuk tahun baru...soalan yang sama di soal setiap tahun...bila di jawab bahawa azam tahun lepas pun lum terlaksana semua dan nak bawa pi tahun baru...dia pula kata jawapan skema...sekali di soal dia balik...jawapan dia pun sama juga...maknanya...sama2 skema...hahahaha...maka tahun ni pada tahun 2010 aku dah buat perubahan pada azam aku iaitu ingin buang kehidupan bujangku....hahahaha...rasanya dapat kah aku laksanakan...tapi jika di lihat...azam ni patut aku dah laksanakan pada tahun 2009...sbb kalau boleh aku nak mengakhiri kehidupan bujangku di waktu umurku menjangkau 25 tahun...katanya mau ikut Sunah Nabi...sbb Rasulullah pun berkawen ketika umur 25 tahun...tapi tak kesampaian niat ku tu...maka tahun ni aku bawa azam itu kembali...hahaha...dan di harap pada umurku 26 tahun ni, kehidupan bujangku akan berakhir...hahahaha...doa ja moga dibukakan pintu hatinya untuk berkawen awal...amin...hahaha...

sekali lagi kepada semua...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010...raikan dengan bijak dan cermat...semoga semuanya selamat...

wassalam.... =)