Monday, March 18, 2013

STPM...

Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalammualaikum to all bloggers...hehe...
 
Di harap semuanya sihat lah yer...hehe...kenapa pula aku tetiba nak cerita pasal STPM nie...haha...owh mungkin juga sebab hari ini keputusan STPM keluar dan ramai pula budak2 Pengakap Kelana yang aku kenal amik STPM 2012 termasuk dirinya...hehe
 
 
Aku dulu pun budak STPM juga...dah lama dah tahun 2003 lagi...wow...sekarang 2013...10 tahun tue beb...haha...da lama da...hahaha...so aku rasa aku tau lah macam mana perasaannya bila nak amik result nie...dan orang kata STPM nie 'EXAM' paling susah di dunia...dulu macam tak percaya tapi bila amik STPM...memang terasa wooooo susahnya...tapi Alhamdulillah aku berjaya juga walau tak cemerlang...yang penting ada 'A' kata orang dulu2..hahaha...
 
 
Alhamdulillah kebanyakkan budak2 Pengakap Kelana yang amik STPM 2012 berjaya dengan cemerlang termasuk dirinya...CGPA 3.++ tue...bangga dan seronok jugalah...walaupun ada subjek yang dia target untuk dapat 'A' tak tercapai...tapi tak mengapa kerana dah mencuba yang terbaik berserta dengan doa yang tak putus2...hehe...cuma sedikit sedihlah sebab tak dapat menemaninya untuk ambil keputusan STPM tue bersama...tapi takper...itu cuma perkara kecil...tapi perkara besarnya ialah dia berjaya dengan cemerlang...Tahniah sekali lagi pada semua...
 
Pada mereka yang menduduki STPM 2013 ini...Di doakan semoga kalian semua berjaya dengan cemerlang...hehehe
 
wassalam
 
 

Wednesday, March 13, 2013

Hari Yang Penuh Dengan Kesedihan

Assalammualaikum to all bloggers....
 
Tanggal 13 Mac 2013...bolehlah aku katakan hari yang sangat menyedihkan...bermula dari awal pagi dan hinggalah ke malam...walaupun ada di selang seli dengan senyuman dan tawa tapi penuh dengan kesedihan...maaflah aku bercerita pasal kesedihan kali ini di dalam blog ini...
 
Kesedihan pagi bermula dengan diri aku dan dia...tak perlulah aku huraikan apa yang menyebabkan kesedihan itu...cukuplah sekadar aku, dia dan Allah sahaja yang tahu...Sebenarnya aku tak nak lagi lihat dia sedih tapi kali ini kami masing-masing tak dapat menahan kesedihan itu...apakan daya...tetap ada sahaja dugaan dan ujian bagi kami berdua...tatkala dia masuk dalam kereta dia terus tak dapat menahan airmatanya daripada jatuh...dan saat itu aku memang tak boleh lihat dia dalam keadaan begitu...tapi apakan daya...aku tak boleh menahan kerana aku juga dalam keadaan yang sama...ia bukan pasal kami bergaduh atau apa tapi adalah sebab di sebalik kesedihan ini...apa2pun aku harap 'still' dapat bertemu dengannya dan buat semua aktiviti macam biasa...
 
Pada tengaharinya pula waktu kami masih bersama...aku dikejutkan oleh salam dari seseorang...dan orang itu ialah Penarik Kereta...ades...'spoiled' betul...adakah kereta aku nak ditarik...adedeh...terpaksa juga pi uruskan semuanya...dan lagi sedih segala rancangan yang di atur semuanya tak menjadi...dah selesai semua tue, kami cuma dapat p makan tengahari di Malindo, Wisma Merdeka dan solah Zohor di Masjid Negeri...dan akhirnya hantar dirinya ke tempat keluarganya...dan saat inilah yang sangat sedih...masing2 rasa tak bermaya dan bersemangat...bagai tak nak berpisah antara satu sama lain...tapi InsyaAllah...berdoalah yang kita pasti akan berjumpa juga dan buat semua aktiviti seperti biasa...
 
Pada waktu malamnya...baru sahaja ku terima berita dari dirinya sebelum masuk waktu Maghrib...Neneknya telah kembali ke Rahmatullah...Innalillah Wa Inna Ilaihi Rojiun...semoga arwah neneknya di tempat di kalangan orang-orang yang beriman di dalam syurga yang kekal abadi...Amin...dan inilah berita yang sangat menyedihkan selepas seharian bersedih...aku harap dirinya tabah dengan ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah...dan aku sentiasa menyokong dan membantunya sedaya yang mungkin...kerana aku tak ingin lagi melihat dirinya sedih...
 
Semoga kesedihan ini berakhir dengan kegembiraan...Kita merancang dan Allah juga merancang dan rancangan Allah itu lebih baik...semoga kita sentiasa redha dan terus berusaha untuk mencapai yang lebih baik...InsyaAllah...

Sunday, March 10, 2013

Suatu Kisah Pengenalan

Bismillahirahmannirrahim

Assalammualaikum wbt...

Awal tahun yang sangat sibuk dan memenatkan...penuh dengan aktiviti2 yang perlu dilaksanakan dengan kadar yg segera...dan kali ini aku menulis blog ku melalui HP ku lagi...agak susah tapi harus mencuba....hahaha Kali ini cerita yang ingin di kisahkan adalah berkaitan sebuah Perkenalan dan permulaan kepada satu pengenalan yang InsyaAllah d harapkan berpanjangan dan berkekalan...amin... Perkenalan ini bermula selepas tamatnya sukan sekolah Maktab Sabah...hahaha...ianya satu permulaan yang agak kekok juga...ketika itu kami ambil dia berdekatan KK PLAZA...hehe...Dia masuk ja kereta, aku pun xtau nak kata apa...bkn sbb aku kaku kerana dia tapi bergagar kerana ada orang pandu kereta aku macam nak langgar semua kreta...hahaha...gurau...jangan marah klu terbaca...hahaha...tapi aku memang bergagar kerana hal pemandu...hingga aku lupa nak salam dia di awal pertemuan...huhu

Kali kedua ialah Jumaat lalu tanggal 7 Mac iaitu pada hari jumaat...ketika ini aku da ada sedikit ok da...da mulai biasa n boleh bercerita n bergurau seperti biasa...hahaha...tapi kali ini masanya juga agak singkat kerana aku perlu hadir ke kelas bahasa Korea...huhu..apa boleh buat...klu xde kelas tentu aku da ikut shopping...biarlah sampai malam...hahaha...

Kali ketiga ialah berlaku pada 9Mac...dan pengenalan kali ini amat baik...Alhamdulillah...kisah awalnya aku cuma nak berjalan dengan yang lain2 ke 1B utk ABPBH...tp ABPBH d batalkan...n tukar plan...sekali fikir2..baik bawa dia sekali...hahaha...ada peluang nak kenal lebih lagi kan n bg juga dia peluang diri aku sebenar sbb sblm nie dia da cop aku nie da kawin...hehe...so inilah peluangnya...so aku minta mereka yang lain tanya dia sada nak ikut atau tak...dam Alhamdulillah jawapannya adalah positif...rasa gembira ada, berdebar pun ada...hahaha...maka bermulalah kisah pengenalan yang penuh pada tanggal 9Mac...hampir seharian jglah kami semua berjalan...dari Segama ke Gaya Street...then singgah p Centre Point n lastly makan d Sri Sembilan Ria kat Harbour City...hehe...dan yang menariknya...hari ini kami semua pakai purple....cayalah...nasib lah bkn pasukan boria...hahaha...

Dia yang aku maksudkan dalam kisah ini adalah Mummy or Ibu kpd seseorang yang aku gelar dgn singkatan AMC...haha...maaf aku x blh letak gambar dlm ruangan ini...hehehe...apa2pun...sekiranya dirimu membaca kisah ini tentang ibumu...aku sangat senang mengenalinya dan aku harapkan perkenalan ini berpanjangan dan berkelalan...terima kasih sekali lagi kerana memperkenalkan aku dengan ibumu yang sangat baik dan peramah...untung dirimu mendapat seorang ibu sepertinya...hehe...

Wassalam