Assalammualaikum to all bloggers....
Tanggal 13 Mac 2013...bolehlah aku katakan hari yang sangat menyedihkan...bermula dari awal pagi dan hinggalah ke malam...walaupun ada di selang seli dengan senyuman dan tawa tapi penuh dengan kesedihan...maaflah aku bercerita pasal kesedihan kali ini di dalam blog ini...
Kesedihan pagi bermula dengan diri aku dan dia...tak perlulah aku huraikan apa yang menyebabkan kesedihan itu...cukuplah sekadar aku, dia dan Allah sahaja yang tahu...Sebenarnya aku tak nak lagi lihat dia sedih tapi kali ini kami masing-masing tak dapat menahan kesedihan itu...apakan daya...tetap ada sahaja dugaan dan ujian bagi kami berdua...tatkala dia masuk dalam kereta dia terus tak dapat menahan airmatanya daripada jatuh...dan saat itu aku memang tak boleh lihat dia dalam keadaan begitu...tapi apakan daya...aku tak boleh menahan kerana aku juga dalam keadaan yang sama...ia bukan pasal kami bergaduh atau apa tapi adalah sebab di sebalik kesedihan ini...apa2pun aku harap 'still' dapat bertemu dengannya dan buat semua aktiviti macam biasa...
Pada tengaharinya pula waktu kami masih bersama...aku dikejutkan oleh salam dari seseorang...dan orang itu ialah Penarik Kereta...ades...'spoiled' betul...adakah kereta aku nak ditarik...adedeh...terpaksa juga pi uruskan semuanya...dan lagi sedih segala rancangan yang di atur semuanya tak menjadi...dah selesai semua tue, kami cuma dapat p makan tengahari di Malindo, Wisma Merdeka dan solah Zohor di Masjid Negeri...dan akhirnya hantar dirinya ke tempat keluarganya...dan saat inilah yang sangat sedih...masing2 rasa tak bermaya dan bersemangat...bagai tak nak berpisah antara satu sama lain...tapi InsyaAllah...berdoalah yang kita pasti akan berjumpa juga dan buat semua aktiviti seperti biasa...
Pada waktu malamnya...baru sahaja ku terima berita dari dirinya sebelum masuk waktu Maghrib...Neneknya telah kembali ke Rahmatullah...Innalillah Wa Inna Ilaihi Rojiun...semoga arwah neneknya di tempat di kalangan orang-orang yang beriman di dalam syurga yang kekal abadi...Amin...dan inilah berita yang sangat menyedihkan selepas seharian bersedih...aku harap dirinya tabah dengan ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah...dan aku sentiasa menyokong dan membantunya sedaya yang mungkin...kerana aku tak ingin lagi melihat dirinya sedih...
Semoga kesedihan ini berakhir dengan kegembiraan...Kita merancang dan Allah juga merancang dan rancangan Allah itu lebih baik...semoga kita sentiasa redha dan terus berusaha untuk mencapai yang lebih baik...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment