Tuesday, October 16, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran...

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbt...Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan pada diriku sehingga hari ini di mana genapnya umurku 28tahun...wah dah tua pula kan....Nikmat yang cukup indah aku dapat hingga sekarang ialah nikmat hidup sebagai seorang ISLAM...mudah-mudahan aku menjadi Muslim yang sejati...InsyaAllah tengah berusaha...

16 Oktober 1984 hingga 16 Oktober 2012 jumlahnya cukup banyak iaitu 28 Tahun...entah berapa lama lagi aku hidup...tapi Ajal, Jodoh, Kiamat, Qada dan Qadar itu adalah rahsia Allah swt...bila dah berumur begini tentulah ramai yang selalu bertanya bila aku nak KAHWIN?...hahahaha...siapa yang tak nak kahwin kan...sebolehnya aku nak juga kahwin bila dah mula masuk kerja kerajaan dulu...tapi kita merancang dan Allah juga punya perancangan untuk diriku dan rancangan Allah itu lebih baik...bila di fikirkan secara positif mungkin ADA LAGI YANG KURANG ATAU BELUM AKU LAKSANAKAN SEHINGGA MANA ALLAH MERASAKAN AKU BELUM LAYAK LAGI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA AMANAHNYA IAITU BAKAL ISTERIKU KELAK...jadi bila aku fikir begitu aku tak terbeban langsung malah aku berusaha untuk melengkapkan kekurangan itu atau cuma melaksakan apa yang belum aku laksanakan sehingga aku belum bertemu jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untukku...

Berbalik pada hari ulangtahun kelahiran ku...sebenarnya segala doa dan ucapan adalah untuk Ibu ku terutamanya yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan dalam rahimnya dan kemudiannya bertarung nyawa dengan melakukan pembedahan untuk melahirkan aku kedunia bagi melihat keindahan ciptaan Allah swt...kemudian ianya untuk ayahku yang telah menjaga dan mengatur serta memberi aku secukupnya sehingga aku dewasa kini...mungkin aku tak dapat nak membalas jasa keduanya...tapi ku tahu yang dapat aku lakukan ialah menjadi anak yang Soleh...biarlah orang kata aku anak emak atau bapa...tapi sebenarnya aku anak mereka berdua...bukan anak salah seorang dari mereka...

Maka dengan umurku yang meningkat tua nie apa yang aku harapkan ialah aku dapat terus berbakti kepada kedua orang tuaku dan dapat menjalankan tanggungjawabku terhadap Allah dan agama yang ku pegang iaitu ISLAM...

InsyaAllah...

Wassalam....