Bismillahhirrahmannirrahim
Assalammualaikum w.b.t.
Selamat pagi..hehehe
Pagi2 lagi dah bercerita berkaitan luahan perasaan...hahahaha...Yer, kebelakangan ini aku rasa betul2 tak tau nak buat apa. Sering melayan perasaan seorang diri. Semuanya terbuku ja di hati. Sakit menahan sendiri. Tak tahu nak luahkan pada sesiapa kerana bila kita nak luahkan sesuatu ianya adalah sesuatu yang sangat rahsia dan sulit dan tentunya kita nak bercerita dengan orang yang kita betul2 percaya.
Memang sukar pada mulanya untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati kerana apa yang aku nak luahkan berkaitan dengan orang sekelilingku dan orang yang rapat denganku. Nasiblah semalam aku dapat juga menceritakan luahan itu kepada seseorang yang aku sangat percaya dan aku anggap sebagai seorang kakak. Memang dia terkejut pada mulanya atas apa yang aku ceritakan dan memang ia tak sangka kejadian itu berlaku. Selesai saja aku meluahkan segalanya aku berasa sedikit tenang. Memang lepas segalanya apa yang tersimpan dalam hati. Terima kasih aku ucapkan pada kakak kerana sudi mendengar luahan aku dan memberi sedikit nasihat padaku. Aku akan cuba melakukan apa yang di sarankan.
Baru aku tahu sekarang bahawa kita tak boleh nak simpan segala macam dalam diri sendiri takut akan merosakkan diri. Kita perlukan juga seorang kawan,teman atau sahabat untuk mendengar luahan perasaan kita. Barulah kita akan rasa sedikit tenang. Tapi carilah orang yang betul2 boleh mendengar luahan kita itu, menyimpan rahsia itu dan seterusnya pada masa yang sama dapat memberikan kita nasihat yang membina. InsyaAllah kita akan rasa sangat tenang.
Terima kasih
wassalam
No comments:
Post a Comment