Friday, December 18, 2009

AWAL MUHARRAM

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah panjangkan umur kita semua untuk bertemu lagi dgn tahun baru dalam kalendar Islam dan sekali lagi Allah berikan aku ilham tuk menukilkan kata-kata dalam blogku ini. Lama dah berehat dari arena blog ini kerana semenjak dua menjak ni banyak benda nak di bereskan terlebih dahulu. Namun masalahnya aku tak dapat nak berkongsi cerita dengan kamu semua.

Apa pun kita telah masuk tahun baru dan selalunya orang akan bertanya apa azam baru kita dan adakah azam kita yang lepas dah tertunai semuanya. Hehehe. Tak lari semua tu. Tapi kita tetap dengan jawapan standard iaitu belum semua tercapai. Tapi kira baiklah kan walau belum semua tercapai tetap ada juga yang telah tercapai dan yang belum tercapai lagi tu boleh di bawa ke tahun seterusnya. Bukannya Allah tak nak bagi kita capai semuanya ataupun usaha kita kurang tapi Allah telah merancang sesuatu yang baik untuk kita dan hanya tinggal kita untuk cuba meneroka rancangan Allah bersama rancangan kita.

Bagi aku, azam aku banyak tapi matlamat aku satu. Di dunia ni ramai yang nak jadi kaya. Kaya dari segi harta, kaya kawan, kaya anak bagi mereka yang suka anak dan macam-macam kaya lagi. Tapi bila di lihat semua matlamatnya ialah BAHAGIA. Semua nak kehidupan yang bahagia, aman dan makmur. Ramai orang beranggapan banyak duit boleh buat kita bahagia, kaya kawan kerana punyai ramai kawan dapat membahagiakan kita. Manakala kaya anak dapat membuat kita tersenyum melihat telatah mereka dan bila mereka berjaya, mereka akan bahagiakan kita. Maknanya matlamatnya semua sama.

Setiap kali tahun baru, ramai yang ingin berubah untuk menjadi positif. Alhamdulillah dengan niat tu. Tapi dapat dilihat ada yang hangat-hangat tahi ayam atau omong kosong bagai tin kosong. Tapi tetap juga ada yang berusaha untuk ke arah itu. Penghijrahan berlaku. Perubahan dan transformasi berlaku. Hijrah ke arah kebaikan akan membawa manfaat namun hijrah yang terpesong membuat hati kita kosong.

Maka dalam kesempatan Muharram ini, aku ingin memohon maaf andai sebelum ini banyak dosa ku lakukan terhadap manusia yang kenal aku mahupun tak kenal aku. Aku juga mendoakan kalian agar mencapai azam yang ingin di capai. Akhir sekali SALAM AWAL MUHARRAM buat keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengenali diri saya.

Wassalam =)

No comments:

Post a Comment