Assalammualaikum w.b.t...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, tanggal 16 Oktober 1984 di hari Selasa, lahirlah seorang insan yang berjantinakan lelaki di dunia yang penuh fana dan diberikan nama AKMAL ADAM kepadanya berbinkan bapa kandungnya iaitu KAMARUDIN MAHMOOD dan beribukan ATINAH BUDIN. Anak sulung kepada keluarga ini ditatang dan diberikan kasih sayang yang secukupnya. Ilmu pengetahuan langsung diajarkan sejak dari awal kelahiran dengan lafaz azan di sebelah telinga kanan. Amin Ya Rabb Al Amin.
Kini usiaku sudah mengjakau 25 tahun. Wah satu tempoh yang amat lama sudah tu. Orang kata, usia-usia sebegini patut dah kawen. Memang betullah. Kawan-kawanku yang seangkatan denganku pun ramai yang dah kawen dan beranak-pinak dah. Takut ja dorang dah bercucu, aku baru mendirikan rumah tangga. huhu. Ngeri. Tapi, jodoh ni ketentuan Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang, namun rancangan Allah lebih baik berbanding kita. Tapi ku berdoa agar Allah menjadikan dirinya jodohku di dunia dan akhirat.
25 tahun dah berlalu. Apa yang telah aku buat sebagai seorang anak, abang, kekasih dan hamba Allah? Fuh. Soal diri sendiri dulu sebelum di soal di padang Masyar nanti. huhu. Tapi aku harapkan aku dah buat yang terbaik sepanjang 25 tahun perjalanan hidupku. Mungkin ada kelakuanku yang terkhilaf sepanjang waktu itu dan aku juga pernah jahil. Jahil dalam apa saja, tapi aku sering berusaha untuk berubah. Kadang-kadang aku tak kuat menahan godaan syaitan, sifat amarahku membuak-buak dan lalai dalam menjalani tanggungjawabku sebagai seorang Muslim. Tapi sekarang, Alhamdulillah, sifat amarahku dah berkurang, tanggungjawabku terjaga walaupun kadang-kadang aku lemah bila bab bangun solat subuh. Terpaksa juga minta orang kejutkan. huhu. Aku berharap semoga aku akan terus sedar akan tanggungjawabku dan dapat membahagiakan orang di sekelilingku.
Hahaha. Dah besar panjang pun aku masih dapat hadiah. Tanggal 16 Oktober 2009 baru-baru ni telah di buat satu majlis doa kesyukuran bagi menyambut hari lahirku dan sekaligus untuk ahli keluarga yang lain. Aku rasa inilah sambutan paling bermakna sepanjang 25 tahun ini. Tapi kami tedalah sambut dengan kek dan lilin. Sekadar jemput saudara mara datang dan sedikit makan-makan dan doa selamat. Kali ni berbeza sedikit kerana malam tu hadir bersamaku insan yang aku sayangi. Aku sengaja bawa dia ni supaya dia biasa dengan ahli keluargaku dan keluarga-keluarga yang lain sebabnya dia ni pemalu sikit. Tapi malam tu, dia berbeza sedikit. Dia dapat duduk bersama dengan ahli keluargaku dan makcik-makcik ku. hehe. Selalunya bila ada majlis, dia akan duduk di dapur ja. hehe. Alhamdulillah dengan perubahan tu. Keluarga aku pun dah dapat menerima dirinya. Semoga jodoh kami berpanjangan. Amin. Dialah hadiah hari lahirku yang paling bermakna. Makcik ku pun ada bagi hadiah juga. hahaha. Thanks Ibu(panggilan makcikku).
Apa-apa pun, aku berharap umur ku masih panjang kerana banyak lagi benda aku nak buat. Selain umur panjang, aku juga berharap mempunyai tubuh badan yang sihat dan rezeki yang tak bisa habis walaupun sederhana. Aku juga berharap agar jodohku awal kerana aku berharap ibu bapa ku sempat melihat aku di jinjang pelamin bersama insan yang aku sayangi dan kalau boleh biarlah sampai mereka menimang cucu pertama mereka. Amin.
Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment