Tuesday, October 13, 2009

HARAPAN

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberikan ilham tuk menukilkan kata-kata dalam blog ku. Hari ini kita berbicara tentang harapan. Kalau kita lihat dari perkataan harapan itu sendiri ianya membawa satu keperluan yang positif dalam kehidupan kita seharian. Harapan ini ada sejak kita kecil lagi. Dari kecil kita berharap ibu bapa akan menyayangi kita dan memberikan apa sahaja yang kita mahukan. Bila dah meningkat remaja, harapan kita bertambah lagi. Harapan kita ialah menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah, menjadi kesayangan ibu bapa,rakan-rakan dan cikgu-cikgu di sekolah dan kita juga mengharap kita menjadi harapan nusa dan bangsa. Selepas itu bila dah meningkat dewasa kita juga mempunya lebih banyak lagi harapan. Kita berharap dapat bertemu jodoh dengan orang yang sangat kita sayangi dan kekal bersamanya dari dunia hingga akhirat di dalam syurga Allah yang aman damai. Kita juga berharap agar mempunyai rumah, kenderaan, wang yang cukup dan bila dah berkeluarga kita berharap dapat anak-anak yang comel dan menghormati ibu bapa. Bila dah tua pula, kita berharap anak-anak kita akan menjaga kita, menghormati kita, menaikkan nama kita, melihat mereka berkeluarga dan bahagia dan kita juga berharap akan sentiasa dekat dengan Allah. Ketika mati pun kita mempunyai harapan. Kita berharap kita tak akan di seksa di alam kubur, dan berharap Allah mengampunkan dosa kita. Akhir sekali, di akhirat kelak, kita masih berharap agar kita dimasukkan ke dalam syurga Allah dan di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.

Sedar dan tidak sedar, manusia ni banyak mengharap dan berharap pada harapan. Dari lahirnya kita sehingga lah matinya kita dan di hitungkan amalan kita di akhirat kelak kita ini sentiasa berharap dan meletakkan harapan. Indah bila kita mempunyai harapan dan apa yang kita harapkan itu tertunai dengan jayanya. Tapi bukan semua harapan yang kita harapkan menjadi kenyataan atau tercapai dan ini memang menyakitkan. Memang sangat menyakitkan dan menyedihkan. Setiap manusia yang mempunyai harapan takkan lari dari kenyataan ini. Hidup kita ini ada pasang surutnya.

Aku juga tidak lari dari mempunyai harapan. Alhamdulillah ada juga harapan aku yang telah tertunai dan sangat menyedihkan kerana ada juga harapan ku yg tak tertunai. Aku pernah berada di atas ketika harapan ku tertunai dan aku pernah jatuh teruk ketika harapan yang aku dambakan langsung tak kesampaian. Aku memang teruk tatkala harapan itu tak tertunai. Aku juga manusia biasa yang lemah tatkala perkara negatif menimpa. Tapi Alhamdulillah sekarang ini aku tetap masih mempunyai harapan.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment