Sunday, August 23, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalammualaikum w.b.t....
Alhamdulillah...Ramadhan kembali lagi...Bulan yang penuh rahmat dan keberkatan...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
Tak disangka, masa berlalu dengan cepatnya. Setahun telah berlalu meninggalkan Ramadhan yang lalu dan kini bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ni. Alhamdulillah, Allah telah beri lagi kita peluang untuk bertemu di Ramadhan tahun ini dan semoga Ramadhan kali ini lebih bererti pada diri kita.
Dalam hadith ada menyebut bahawa Awal Ramadhan adalah Rahmat, Pertengahan Ramadhan adalah Pengampunan dan Akhir Ramadhan adalah Pelepasan Dari Api Neraka.
Selalunya di setiap Ramadhan saya akan mengikuti beberapa aktiviti yang telah direncanakan oleh diri saya sendiri atau pun persatuan yang saya ikut seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan juga Majlis Belia Sabah(MBS). Seperti tahun-tahun yang sudah, ABIM menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang berobjektifkan membina insan bertakwa. Sudah beberapa tahun saya mengikuti program ini bermula dari tahun 2006 dan sehinggalah sekarang pada tahun 2009. Ihya' Ramadhan pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya di mana program kali ini diadakan pada waktu malam dan sasaran tempat adalah IPT dan IPG di seluruh Sabah. Seronok rasanya ni. Berbeza dari tahun-tahun yang sudah.
Pada tahun ini juga, Alhamdulillah sebelum Ramadhan tiba, saya telah berpuasa sunat Rejab dan Syaaban penuh. Maknanya, sekiranya saya penuh berpuasa dalam Ramadhan tahun ini, Alhamdulillah saya telah berjaya melaksanakan puasa selama 3 bulan berturut-turut seperti yang saya idam-idamkan sebelum ni. Seronok rasanya menikmati puasa. Seperti dalam satu Hadith juga. Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan Rasulullah dan Ramadhan adalah bulan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W...
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SELURUH UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERAGAMA ISLAM. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. RASALAH NIKMAT PUASA DAN CARILAH KEBERKATANNYA. AMIN...

No comments:

Post a Comment