Thursday, July 9, 2009

Kesibukan

Assalammualaikum w.b.t...
wah..wah....wah.......tajuk di atas pun dah menunjukkan keseluruhan isi cerita nie...hehehe...kebelakangan nie mmg byk kerja nak di uruskan dari hal peribadi hinggalah hal pejabat...tapi tak mengapa...tak guna mengeluh...yang penting rasa syukur kerna ada tanggungjawab nak d buat...
Dalam dunia nyata nie ramai yang menjadikan kesibukan satu alasan yang paling utama...tidak terkecuali saya jugalah...terus terang tue...hehehe...biasalah...bila dah sibuk tue mungkin ada yang kita lupa dan ada yang kita lalai dan leka kerana konsentrasi yang penuh pada kesibukan itu...
Jika kita lihat, jgn jauh lah...kita ambil yg dekat jer pada diri umat islam iaitu sembahyang fardhu...saya fokuskan kepada umat islam kerana diri saya sendiri beragama islam...jadi ini untuk menasihati diri sendiri juga...
Berbalik pada solat fardhu dan kesibukan...cuba kita lihat pada diri dan muhasabah...bila kita sibuk kadang2 kita terlalai untuk solat...kita lupa yg rukun dan wajib...kita lebih lihat pada duniawi...ada juga yg solat walaupun sibuk...tapi bila kita solat dalam kesibukan semua nak laju...sampai rukun dan tertib dalam solat pun jadi berterabur atau tak menentu ikut tertib...bacaan2 menjadi singkat...maksud pun dah lain...tajwid pun langsung tak kisah panjang dan pendeknya....kadang2 bila dah salah baca tue dibedalnya saja dan teruskan solat...bknnya nak di betulkan...tapi yg paling best tue bila bagi salam...laju jer bagi salam kanan dan kiri dan terus melompat berdiri...takder doa langsung...walaupun doa nie sunat...tapi tak boleh kah kita amik masa dalam seminit dua untuk mendoakan diri kita,ibubapa kita,keluarga kita,rakan2 kita, dan seluruh umat manusia?...bkn lama pun...seminit dua ja...doa paling ringkas pun cukuplah seperti 'RABBANA A'TINA FID DUNYA HASSANAH WA FIL AKHIRATI HASSANAH WAKINA HAZA BANNAR'...cukup dah tue...ringkas dan padat...
Lagi satu ialah masa solat subuh...susah betul kita nak bangun dalam jam 5 kalau di sabahlah atau jam 5:30 kalau di semenanjung untuk solat subuh...tapi perhatikan...senang tak kita bangun bila paginya tue kita ada urusan penting nak di buat seperti bertemu pelanggan membincangkan hal2 ekonomi dan bisnes?...tapi tak kah kita sedar bahawa solat fardhu subuh itu juga penting dan lebih penting dari hal kita yang seterusnya pada hari tue...sama2 kita fikir...
dan akhir sekali solat fardhu maghrib dan isya'...kalau dulu, kedua-dua solat fardhu ni paling senang orang nak buat sebab malam tak ada apa2 aktiviti yang menyibukkan...tapi pada masa sekarang dengan lahirnya program2 bida'ah yang memesongkan seperti tumbuhnya program2 realiti atau konsert2 yang bermula pada jam 8 atau 9 malam, ramai umat islam yang mula sibuk...sibuk dengan keseronokan dan hiburan duniawi...umat islam mulai sibuk dan lalai dah nak solat fardhu maghrib dan isya'...yang lebih memilukan, si ayah yang merupakan ketua keluarga yang patut membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat pula menjadi 'penaja' yang membawa kepada perkara2 tersebut...jika kita lihat, program di adakan pada jam 8 atau 9 malam tapi ramai yang telah hadir dari jam 6 petang lagi...sanggup pergi awal takut tak dapat tempat duduk yang paling strategik...tapi bila kat masjid tak pula nak berebut di saf depan atau belakang imam...mereka yang datang awal tue adakah pergi mengerjakan solat fardhu maghrib dan isya' tue?...klu ada syukurlah...tapi yang di lihat ramai yang 'terpaku' di kerusi masing2 sehinggalah program tamat...mungkin solat fardhu isya' boleh di kerjakan lagi pada malam hari...tapi takkan asyik nak qada' solat fardhu maghrib jer selalu...sama2 kita fikir dan sama2 kita muhasabah diri...
Sekali lagi kita fikir bersama dan renungkan...walaupun azan kuat di laungkan di setiap corong2 masjid,radio dan televisyen tapi kenapa bisikan syaitan juga menjadi ikutan...walaupun masjid gah didirikan seperti masjid kristal dan sebagainya tapi kenapa pusat2 hiburan yang menjadi pilihan....kesibukan yang buat kita begini atau kita yang menjadikan kita begini?...fikirkan...hidup hendaklah seimbang di dunia dan akhirat...
andai saya tersalah kata, saya mohon maaf...andai teguran yang diberikan menyakitkan hati mana2 pihak, saya mohon maaf...kerana teguran ini juga untuk diri saya sendiri...istiqamah dalam muhasabah diri membantu kita mengenali diri kita dan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t yang Maha Esa...
Sekian, wassalam....

No comments:

Post a Comment