Monday, May 11, 2009

Kasih IBU

Aku ni tak pandai nak berkata-kata. Tapi apa yang ku pasti kita cuma hadir dari rahim seorang IBU. Bukan dua atau pun tiga, tetapi hanya satu. Dulu waktu kecil kita di belai di manja. Di asuh dan di didik bak menatang minyak yang penuh. Nak di jentik takut terluka, nak di pukul takut memberi kesan. Sedangkan nyamuk pun IBU kita takkan bagi dekat dengan kita.
Waktu kecil bukan main mesra kita dengan ibu. Peluk erat, cium pipi, cium dahi. Aduh bahagianya waktu itu. Kenakalan kita ketika itu menjadi saat pengubat duka di mana menjadi suatu adegan yang mencuit hati. Ibu tak pernah merasa penat dalam semua itu. Makan minum kita cukup lengkap. Kalau kurang atau kita tak suka, mereka terus mencuba untuk memujuk kita. Ibu tak pernah mengeluh dan tak pernah lalai dari tanggungjawab mereka.
Tapi bila kita telah dewasa. Apa yang telah terjadi? Kita mulai malu nak peluk dan cium pipi ibu kita. Lagi teruk bila ibu nak peluk dan cium kita, kita pula mula menjauh. Kononnya rasa malu dengan perbuatan itu. Takut di gelar anak manja, anak bawah ketiak ibu, anak ibu dan sebagainya. Kerana takut dengan gelaran tersebut, jarak kita dengan ibu mulai jauh, jauh dan terus menjauh. Tapi tetap masih mahu ibu masakkan untuk kita, sterika pakaian sekolah kita, cuci baju kita termasuk pakaian dalam dan kemas bilik kita. Ibu kita pun buat sahaja menurut perintah kita. Kita pula macam raja. Ibu pula menjadi hamba. Sepatutnya bila kita dah besar, kita lah yang patut membantu ibu kita. Bukannya kita menyusahkan mereka. Itulah kasih seorang ibu, menurut saja kata si tanggang asal anaknya bahagia.
Bila dah masuk bab kahwin. Kita rujuk juga dengan ibu. Katanya nak buat majlis itu atas usaha sendiri. Alih-alih ibu juga yang urus semua perkahwinan anaknya dari A-Z. Anaknya cuma tahu duduk di pelamin dan bersanding. Sebelum nak kahwin, duit hantaran pula guna duit IBU. Aduh, tak malunya kita. Last sekali, bila dah berumahtangga, tak nak tinggal dengan ibu, katanya tiada "PRIVACY". Aduh. Tambah lagi kita jauh dengan ibu. Bila dah beristeri, kata isteri di dengar tapi kata ibu langsung di tolak bulat-bulat. Lebih sayang isteri dari Ibu. Bila dah bergaduh, ibu di tinggalkan sendirian. Jika tidak pun di hantar ke rumah orang-orang tua. Akhirnya jarak kita yg dulu nya langsung angin tak boleh mencelah telah menjadi lebih jauh dan lagi jauh.
Fikirlah sendiri, hidup kita di dunia ini adalah kerana kesungguhan seorang ibu yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Semasa dalam rahim kita makan apa yang ibu kita makan. Sesudah di lahirkan kita minum susu dari ibu. Tapi bila dah besar semua itu di lupakan. Takkan nak tunggu ibu kita mati baru kita sedar kepentingan ibu dalam kehidupan kita. Jangan tunggu Hari Ibu baru nak ucap SELAMAT HARI IBU,SAYA SAYANG IBU. Jangan tunggu Hari Raya baru nak minta maaf. Mungkin belum sampai hari itu, ibu kita telah pergi dahulu berjumpa Penciptanya. Wallahuallam...
Sajak dibawah di tujukan khas kepada semua Ibu dan Anak...
IBU
Isyarat Kehamilan
Kepingin Sibuk Pengasuhan
Tetap Melimpahkan Keceriaan
Ku Hening Semadi Dalam Rohanimu
Getir Kelahiran
Di Pagi Isnin Syahdu
Saat Kemanisan Ayah Ibu
Bila Jantung Hatiku Mendakap Dadamu
Kalut, Gelut, Lampin Dan Susuan
Buaian Endoi Mendodoi
Nasyid Keroncong Irama Melayu
Merdu Melali Lena Sepi
Papan Rehal Dan Muqaddam
Batang Lidi Sebagai Penunjuk
Alif-Ba-Ta, Satu, Dua, Tiga,
Hafalan Fatihah Dan Kira-Kira
Dengan Renungan Tajam Dan Kayu Pembarismu
Seragam Bersih Kemas Segak
Bersterika Siap Ke Sekolah
Makanan Sederhana Tersusun Sebaris
Mesti Langsai Jangan Tercicir
Pisang, Cekodok Resepi Istimewa
Belum Tersaing Kelazatan Masakanmu
Saat Tekun Di Sekolah
Terkejut Terdengar Berita Hiba
Kau Awal Meninggalkan Semua
Tuhan Lebih Menyayangimu
IBU...
Penabur Kasih
Penawar Duka
Penyembuh Hiba
Kau Mahkota Hatiku
Anugerah Terindah Buatku
Doaku Untukmu Ibu...
Allah Memeliharamu
Doamu Nafas Bagiku
Aku Sedekahkan Al-Fatihah Buat Dirimu
IBU...
Nukilan : ArrowWanZ 03

No comments:

Post a Comment