Wednesday, September 23, 2009

AKTIVITI RAMADHAN

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya diberikan lagi ilham untuk ku menulis di blog ku ini. Dah lama tak menulis di blog ni kerana sibuk dengan urusan ku sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan ini membawa seribu pengertian pada diri ku dan ku harap ianya juga membawa manfaat pada insan yang lain...

Sepanjang Ramadhan tahun ini seperti biasa aku meletakkan diriku pada jalan Allah. Mengikuti program2 yang di anjurkan oleh persatuan islam dan antara lain ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Sabah. Seperti tahun2 yang sebelumnya juga, aku tidak terlepas mengikuti program Ihya Ramadhan anjuran ABIM dan tahun ni setiap minggu aku luangkan masa untuk program ini. Sedikit pengenalan tentang program ni di mana pada tahun2 sebelumnya program ini di jalankan dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Manakalah tahun ini pendekatan berbeza telah di bawa dengan tema SIHAT ROHANI, program bermula dari jam 9 malam dan berakhir pada jam 9 pagi. Program di isi dengan Ta'aruf, Tayangan Video, Nyanyian lagu My Ummah oleh Sami Yusuf dan Satu Perjuangan oleh Brothers. Tepat 12 tengah malam peserta tidur dan pada jam 3 pagi semua peserta bangun untuk bersiap bagi Qiamullail. Selesai Qiamullail, semua pergi bersahur sambil menunggu Subuh. Selepas solat Subuh berjemaah di isi lagi dengan Kuliah Subuh dengan membawa tajuk TAQWA. 6:30 pagi program diteruskan dengan bengkel di mana fasilitator dalam kumpulan masing2 cuba membawa peserta memahami apa itu taqwa dan kemudian peserta di minta membuat puisi berdasarkan apa yang mereka dapat dari awal program hingga akhir program dan di minta mempersembahkan di depan peserta yang lain. Program berakhir jam 9 pagi dengan acara Majlis Penutupan. Tahun ni aku pergi banyak tempat antaranya IKBN Kinarut, Politeknik Sabah, UNITAR Sabah, IPG Gaya, IPG Tawau, ILP Sandakan dan SMK Tansau Putatan. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Puisi2 yang aku dapat sepanjang program Ihya' Ramadhan itu nanti akan aku terbitkan dalam blog ini juga.

Aktiviti lain dalam bulan Ramadhan ini yang aku lakukan antaranya berjemaah dan Solat Terawih di UNITAR Sabah dan berbuka puasa bersama teman2 dan orang tersayang. hehe. Ramadhan tahun ni membuat aku sedar sapa diri aku sebenar. Dulu aku jahil dan kadang aku lupa tanggungjawabku. Tapi bila dalam bulan Ramadhan aku cuba mencari sapa diriku dan walaupun cuma secebis diriku yang baru dapat ku kenali aku bersyukur dan aku harap cebisan yang lain itu aku temukan di Ramadhan yang berikutnya atau bulan2 yang lain. Insya-Allah. Dan insan yang membantu aku dalam proses ini adalah orang yang aku sayangi dan dia juga aku temui semasa program ihya Ramadhan tahun 2007 semasa di SMK Matunggong Kudat.

No comments:

Post a Comment